Khamis, 10 April 2008

Adakah Islam Itu Menggembirakan

salam....
petang semalam, ada satu presentaton utk class Education Psychology...ada satu group tu dia present tajuk " happiness among IIUM students "...huhu...macam2 lah diorang olah "kegembiraan " ni di kalangan pelajar IIUM @ UIAM..diantaranya ialah ramai students yang gembira bila bersama family berbanding bersama kawan2, nak di jadikan cerita, tamat je presentation, adalah sesi soal jawab...
" upin & Ipin sentiasa menggembirakan..."
" Apakah sumbangan Islam dalam kegembiraan "...
tetiba sahaja, ada seorang sister ni tanya..." apakah sumbangan Islam dalam Kegembiraan IIUM Studentts "...huhu...mula2 tengok presenter kat depan tu...macam terkelat2 jugak nak jawab, atlast dia goreng macam2, dan cuba masuk kan macam2 idea yang dia ada...

" ada orang gembira buat kerja amal macam ni "

kami Brothers kat belakang ni perhatikan aje...dan saya pulak dah mula berfikir....mula2 fikir...erm...macam tak releven je SOALAN sister ni....tapi bila kawan2 terangkan pada saya, mula saya dapat Idea....dan tetiba gatal mulut nak tolong jawabkan...

saya pun angkat tangan dan mula bercakap...." kalau nak tambah sedikit ttg soalan sister tadi boleh tak "...soalan yang berkenaan " sumbangan Islam dalam kegembiraan IIUM students ni..."...

" ada orang gembira bila memasak....boleh dapat tender banyak kan bang chef..."

pada saya mudah aje....

1. pertama...rasanya kalau kita berfikir dan menyedari bahawa sesungguhnya kita ni adalah hamba Allah yang menganuti agama ISLAM itu sendiri sudah mengGembirakan....yelah kita akhirnya pasti akan masuk syurga dan sebagainya...

2. kedua...apakah yang anda rasa setelah anda solat fardhu, solat sunat, baca quran, berbuka puasa, dan macam2 lagi amal ibadat yg benar2 ikhlas anda lakukan...sudah pasti anda akan merasa sgt2 seronok dan GEMBIRA kan...

3. ketiga...dalam islam ada satu undang2 atau hukum yang dipanggil Syariat Islam, tahukah anda, jika anda benar2 patuh pada syariat Allah, anda pastyi akan terselamat dari Gangguan Duniawi dan pasti akan mendapat keredhaan Allah swt.....wujud kah ummat islam yang tidak gembira jika mendapat keredhaan Allah....

4. ke empat...dalam islam ada satu perkara yang dinamakan sebagai IMAN....dan IMAN ni adalah suatu perkara yang amat MENENANGKAN jika kita berhaya menguasai nya....

" ada org gembira bila dapat buat amal macam wa yang tgah ngurut org kat atas ni.."


sambil tersengih...dan dalam keadaan kelas yang tetiba senyap mendengar pernyataan saya...saya sudahi respon saya dgn ayat yang terakhir....Maksud islam itu sendiri ialah.....Sejahtera....aman....harmoni....bukan kah semua perkara itu adalah perkara yang menggembirakan....

hehe...itu sahaja dari saya....hmmm..petang semalam rasa puas jugak ar....sebab selama ni org anggap saya macam Penyenyap sikit dalam kelas...Sisters semua takut nak tegur Bai @ hafiz ni...huhu..almaklum lah org dah kawin kan....

bai : semalam juga saya sangat gembira kerana 9 April 2008 adalah ulang tahun perkahwinan kami utk bulan ke dua...

































Jumaat, 4 April 2008

Remaja Masa Kini...

alat yang di gunakan utk menganiaya guru di sekolah
Pisau yang tajam lagi menyeramkan....di asap pula dgn limau kasturi.....macam
pendekar2 melayu asap keris kan...

gari saiz M, khas utk kegunaan penjenayah dewasa, mudah melecetkan pergelangan tangan, beruntung bagi akhwat yang pakai stokin tangan, taklah melecet sangat...hihi


ATLANTA (Reuters) - Nine-year-olds at a school in the U.S. state of Georgia brought a broken steak knife, handcuffs and electrical tape to school in a plot to injure their teacher, authorities said on Tuesday.

Teachers at Center Elementary School in Waycross, Georgia, uncovered the plot on Friday when a pupil reported that a child in the third grade had brought a weapon into the school.

"The plan was to handcuff the teacher, put tape over her mouth and hit her over the head with the paperweight and possibly cut her," said Lt. Duane Caswell of Waycross police, adding that some students said the knife was simply there to cut the tape.

"It was a rather elaborate scheme for children of that age," he said.
The students spent a week planning the attack and planned to carry it out on the day they were caught, Caswell said.


Nine pupils in the grade, most of whom were 9 years old, have been disciplined and some were given long-term suspensions, said Theresa Martin, spokeswoman for the Ware County school district in the southeastern part of the state.

Caswell said police were also planning to charge three of the children in the juvenile court system with conspiracy to commit aggravated assault and possession of a weapon on a school property.

(Writing by Matthew Bigg; editing by Jane Sutton and David Storey)

Assalamualaikum wrt...

apa khabar semua, semoga anda semua berada di bawah lembayung rahmat Allah swt. bagaimana dgn iman kita? bagaimana dgn amal2 fardhi kita? berapa ramai mad'u yang kita perolehi setakat ini? itulah persoalan2 yang sepatutnya di tuju kepada kita , terutama kpda diri saya sendiri. Yelah..bila kita tunjuk satu jari pada orang lain..empat jari akan menghala ke diri sendiri....

so...sengaja saya lampirkan cerita di atas, berkenaan dgn juvana pelajar 9 tahun yang merancang utk menganiaya gurunya...ish! ish! ish! hebat betulkan...agak2 apa lah puncanya yer mereka jadi begitu....

1. Hukuman/denda yang tidak mendidik...

- saya merasakan bahawa, diantara punca utama kejadian seperti ini adalah kerana hukuman/denda yang dikenakan adalah bukan untuk mendidik, tetapi lebih kepada menghukum, dimana para PENGHUKUM akan lebih merasa PUAS hati ( hah! padan muka kau!! ) daripada merasa " sepatutnya anak ini tidak jadi begini "...

akibatnya, anak2 ini bukan sahaja tidak akan berubah jadi baik, malah akan terus bertambah buruk perangainya dan lebih menakutkan, mereka akan jadi PENDENDAM kepada org yang mghukum mereka...ish! ish! ish!....

begitulah hebat nya islam, lebih mengajar kita menghukum pesalah biarlah ...

1. dgn NIAT untuk mendidik,

2. kemudian perlu sangat2 di " RASIONAL " kan mengapa anak2 ini di hukum...


3. elakkan menghukum di hadapan orang ramai ( seperti memalukan mereka ), kecuali dgn niat dan tujuan untuk mmberi keinsafan kepada sahabat2 mereka yang lain...

4. Berdoalah kepada anak bertuah ini agar Allah lembutkan hati mereka, agar Allah terus bagi mereka hidayah dan petunjuk....

Ingat....kita bukanlah insan yang akan mmberi hidayah, tetapi hanya Allah yang layak mmberi hidayah.... ( tapi JIM ada Hidayah Centre tau...huhu )

2. Faktor Keluarga

faktor keluarga memainkan peranan yang sangat penting..isu2 seperti...


- penceraian
- pertelingkahan ibu bapa / adik beradik
- masalah kewangan
- persekitaran rumah ( rumah sempit, tak selesa. kotor )
- penderaan

dan sebagainya amat memainkan peranan dalam proses perkembangan seseorang, ianya bakal mmberi kesan yang amat merbahaya jika pihak sekolah, guru dan teman2 sekelas tidak memp0sitifkannya...

sebagai contoh...jika Salman, seorang pelajar tingkatan 1, ayah beliau sekadar bekerja sebagai Pembersih tandas....kemudian nak dijadikan cerita, suatu hari guru kelas telah bertanya kepada salman...

" salman....ayah kerja apa? "

" salman akan terdiam, konflik dalam dirinya akan berlaku...."

" malunya nak jawab ayah kerja tukang bersih tandas "; salman akan bermonolog dalam dirinya..

sudah pasti SELF ESTEEM salman akan berkurangan, dia mula menjadi...

- seorang yang rendah diri...
- kurang berkeyakinan...
- malu pada kawan2 yang lain..
- marah pada ayah dan ibu ( kenapa ayah kerja macam tu ??? )
- marah pada guru ( cikgu ni buat malu aku je tanya soalan macam tu )
- dan berakhir dgn TEKANAN...

dan mula lah proses konfik dalaman salman berlaku, dia akan mencari keseronokan, hiburan dan apa sahaja yang boleh mengurangkan tekanan nya...dan bermulalah episod salman mnjadi nakal..dan sebagainya...

itu baru pekerjaan ayah yg tak berapa tinggi, cuba kalau kita tanya pula adik firdaus ( contoh yer ) yang ayah & ibunya dah bercerai...agak2..apa kesannya pada dirinya....

hal yang demikian, menyatakan mmbuktikan bahawa peranan keluarga amat penting... pernah dalam satu prgm motivasi KBM yang saya kendalikan, di akhir sesi prgm, semasa sesi luahan rasa hati, ada 3 org pelajar yang bangun bersuara dan menyatakan bahawa " ayah dan ibu mereka telah bercerai "...dan ketiga2 mereka adalh sebahagian drpd pelajar2 yang bakal di dakwa atas kesalahan displin sekolah...

3. Kurang didikan agama...


perkara paling asas yang sering kita lupakan...

alhamdulillah emak & ayah saya telah mndidik saya sejak kecil, asas agama yang diberikan telah mmbentuk saya semula mnjadi insan yang seperti hari ini...walaupun saya pernah juga nakal suatu ketika dahulu, tetapi asa agama telah mnjadi benteng utk saya terus berjuang mnjadi insan soleh wa musleh...

juga doa ibu bapa kpda anak2 mereka, adalah suatu perkara yang mustahak....

juga didikan secara " Observation " yakni pemerhatian dan " praktical " juga amat penting...

4. Bahana Filem2 Barat..
Pelakon Bollehwood terhandal di dunia...penjenayah bersongkok!!!!
Pirates yang tak patut di contohi...terkenal dgn gelaran " lanun kurap "....


Pejuang keadilan rakyat....berjuang sehingga rakyat makin sengsara...

dewasa ini, filem2 barat banyak yang aksinya terlalu menonjol, siap boleh ajar kita macam mana nak plan Rompakan, pembunuhan dan sebagainya...secara tak langsung penonton akan mudah mmpelajarinya...

tu yang anak2 beruah kat " atlanta " berani buat macam2 tu, diorang dah plan proper dah, silap2 diorang call director filem utk tambah keberkesanannya, kmudian call KRU utk buat sound track planning diorang...fuh! dahsyatkan...so...nasihat saya, kurangkan penglibatan anak2 ini dari gejala2 " menonton " filem2 aksi barat ni...baik tgok cerita ayat2 cinta ke kan...hihi...kiamat sudah dekat ke....

begitulah sedikit celoteh2 remaja dari saya....
inshaAllah...ada masa...kita jumpa lagi...


bai : dalam proses nak jadi guru kaunselor...4 tahun lagi....lamanya!!!!






Rabu, 26 Mac 2008

Kecilnya Dunia Ini

- Gambar bersama pakde ( dari kiri : Pak de, hafiz Bai , Pak Im ), semasa prgm KRJ di masjid -

Kecilnya Dunia Ini….


Malam semalam seusai melaksanakan solat isya’ 4 raka’at di surau an-nur berdekatandgn apartment saya, saya dikejutkan dengan suatu pertemuan yang amat tidak di duga, rasa macam nak buka lagu “ suratan Kebetulan “ je masa tu…

Actually cerita dia macam ni, lepas je solat isya’, secara tetiba saya terperasan seseorang yg amat saya kenali di surau tu, seseorang yang sememangnya bersama-sama saya mengorak langkah menjayakan prgm2 remaja di johor, prgm2 remaja “ menyerlah jauh dari yang Biasa “…


Hehe…rupa-rupanya saya terjumpa “ Pak De “ @ akhi Ariffin kat surau yg mmg biasa jadi tempat saya solat, macam tak percaya pun ada, tapi itulah kenyataan nya. Pak de yang berbaju melayu hijau ( masih saya ingat baju tu lah yang dia pakai semasa prgm Xrek Johor di Kem kaizen tahu lalu ). Saya pu n apa lagi, terus menyapa beliau, dan beliau lagilah 3X ganda terkejut tgok muka saya kat situ…hihi….


“ eh pak de, buat apa kat sini ? “ pakde duduk area setiawangsa jugak ke? “ tanya saya “


“ sambil tersenyum beliau, menjawab ya…pak de duduk area setiawangsa jugak, Berjiran rupanya kita ni yer…hihi…”


“ pak de stay di perumahan mana, actually kawasan setiawangsa ni banyak perumahan “..


kemudian dia menjawab “ pak de duduk di apartment belakang sekolah Kebangsaan Setiawangsa “


seketika saya terdiam sambil berfikir, eh! Tu apartment yang saya duduk jugak tu…


“ ya Allah, satu aprtment rupanya kita ni pakde…Subhanallah….Kecil nya Dunia ni…


sambil bergelak ketawa, kami sama –sama menuju jalan pulang ke apartment, Cuma yang membezakan ialah saya stay di blok 12 ( berhadapan Saba Islamic Media ), dan pakde di blok 70++….


Actually, pakde orang johor, lahir di muO…kahwin dgn orang jasin…rumahnya di UTM Skudai sebab isterinya bekerja di UTM…dia pulak bekerja di KL di sebuah syarikat O&G, dia berulang setiap minggu, weekend balik JB….weekdays ada di KL…


pak de juga salah seorang AJK KRJ Johor...dia jaga bhgn UNIT Modul KRJ Johor...org genius buat modul ni...huhu


Akibat tugasan kerja yang tak menentu, dia mmg hampir setiap hari balik lewat, so dia prefer solat di surau berdekatan bangunan tabung haji di jalan ampang/jalan tun razak tu…sebab tu saya jarang nampak dia…kebetulan semalam dia balik awal…huhu…tulah dah Allah nak tetapkan pertemuan kami kan…


Apa-apa pun…lepas ni boleh jemput pak de ke prgm area lembah kelang plak….pak de pun dah hampir 2 bualn senyap takde khabar berita…email ( masg ) nya pun dah lama tak keluar….


Itulah dia sebuah cerita ceriti dari saya…..


Bai: moral…lainkali ukhwah kita kena betul2 rapat…kena kenal betul2 sahabat2 kita…huhu

Selasa, 18 Mac 2008

Assalamualaikum wrt…

Apa khabar antum semua, hmm…lamanya saya tak update blog ni, nak kata takde masa, rasa macam ada je masa terluang…maybe takde mood dan kurang kerajinan kot…apa2 pun…hari ni saya nak update jugak sedikit perkembangan bersama dgn kawan…

Sejak kahwin ni…saya rasa macam dah semakin kuat makan pulak,…maybe isteri masak sedap kot.. hehe…saja je puji isteri cikit…

Pilihan Raya Umum ke 12.

So..jom kita sembang2 pasal pilihanraya umum (PRU) yang ke 12 baru2 ni. Actually saya tak lah terlibat secara langsung, rasanya kurang sgt penglibatan saya dalam berkempen kali ni,walaupun seorang dari sedara saya ( Cehh!! ) iaitu YB Sa’ari Sungip telah bertanding utk calon Dun N18 Hulu Kelang Selangor. Macam2 jugak aktiviti kempen yang kami lakukan, Edar risalah, ketuk pintu rumah utk rayu undi, Konvoi bersama calon semasa sesi ceramah umum, dan macam2 lagi, pasang banner dan poster tu jgn kira lah…tiap2 malam…

Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan stratergi yang hebat…tak gitu kak ya…huhu.. akhirnya Hj Sa’ari Sungip atau lebih dikenali di kalangan kami sebagai pak Abu telah berjaya memenangi Kerusi Dun N18 hulu kelang…dan sekarang dia bergelar WARAK yakni singkatan bagi WAkil RAKyat…hehe…WARAK PAK ABU….huhu….


HARAPAN PRU 12

Biasalah…setiap kali kempen..calon akan bg harapan2 baru utk rakyat…Minyak turun lah, harga barang turun lah, dan macam2 lagi yg turun…Cuma satu je yg kami harap naik..iaitu GAJI NAIK ma!!!...huhu…

Apa yang saya takutkan ialah, semua perkara2 dan harapan2 yang dijanjikan ini sebenarnya akan berlaku dan mmg boleh berlaku jika Barisan Alternatif iaitu Roket + Bulan + 2 anak bulan tu MENANG 2/3….

Memang benar, BA telah berjaya merampas beberapa buah negeri, tetapi itu tak bermakna kita masih boleh mengawal harga2 minyak dan sebagainya…kita kena menang 2/3 majoriti dalam pilihanraya ni…baru lah kita boleh rasa selesa..

Bukan apa..saya Cuma risau kalau2 ada rakyat yg kata calon Barisan Alternatif ni Penipu, gunakan isu2 Rakyat utk tagih undi, …rakyat tidak sepatutnya mengatakan begitu, rakyat sepatutnya berfikir bahwa sanya BA telah bersusah payah utk mmbina satu kerajaan baru, tetapi masih ada insan2 yg tidak mengeti dan masih bersetuju utk Memilih DACING sebagai pilihan mereka…


Saya harap sangat2…agar rakyat tidak mrengatakan bahawa calon BA yang mnang kali ini Penipu…tetapi kita berusaha dan terus Bantu calon BA dari sekarang agar kita mampu menang 2/3 majoriti dalam PRU 13 pula….

Takbir!!!

Takbir!!!

Takbir!!!


Sekian dulu…tunggu cerita seterusnya dari saya….

Bai : sedang mula kumpul baju warna hijau dan biru cair…biru PEKAT tak mau lah…huhu

Khamis, 28 Februari 2008

Jom Share anak-anak sedara nak?

assalamualaikum wrt...
apa khabar semua? macam mana dgn kehidupan seharian...
mesti sekarang ni tgah sibuk dikempen undi kan...
saya harap...semua nya pandai memilih undian yg betul...
so..kali ni nak cerita pasal anak-anak sedara plak..
actually, kalau saya tak nikah dgn isteri saya, sure saya masih belum dapat pangkat pakcik, tapi bila nikah aje, terus melekat gelaran " alang " ...bagi pihak keluarga isteri tercinta..
beruntungkan org dah nikah..free-free jer dapat anak sedara..kiut-miut plak tu...hihi

jom kita borak-borak pasal anak sedara yer...

yang ni namanya Hana ( nama gelaran...nama sebenar..sila rujuk MyKid beliau )
budak comel ni asyik melekat aje dgn umminya...nak ummi! nak ummi!...maybe sebab dia girls kot...cukup sukar nak tgok dia senyum ( maybe dgn saya je kot )...tapi mudah nak tgok dia ...uwekk!!! uwekkk!!!.....hihi...jgn marah kak ya....


yang ni pulak...nama nya naufa...atau nama glamour nya ialah " fafa "...bukan Farah Fauzana yer..ni lagi unik dan comel...dia suka gelak sorang-sorang....dan suka ikut cara kitaorang Gelak... hahahah...tgok cara dia posing kat gambar atas tu...cara dia posing pun dah nampak lawak....


dan yang ni plak..." maman " the cutest...huhu...suka tgok dia...setiap kata2 dia mghiburkan saya...satu2nya anak sedara yg boleh bcakap...dia akan sebut je apa pkataan yg dia nak cakap..kadang dia nak sebut sesuatu pkataan tu dia tak tahu...so dia henta saja lah...

nama sebenar dia marwan...hobbi nya ialah mghisap ibu jari...hehe...

gambar maman dan fafa sedang tolong kitorang printing...bagus! bagus!... ni gambar mereka bertiga ... marwan tetap dgn hobbinya...fafa si gadis jelita dan hana tetap sopan dan ayu...huhu...macam mak lang nya...

ok..sekian sahaja...

bai : sorrylah yer...sejak 2 menjak ni asyik post hal peribadi aje...huhu

Selasa, 19 Februari 2008

My New Family

My New Family.
alhamdulillah, hikmah dari suatu ikatan pernikahan, saya memperolehi satu keluarga baru,
  • keluarga yang penyayang
  • keluarga yang happy dan ceria
  • keluarga yang mengutamakan ajaran islam dalam setiap tindakan

gambar di atas ni ialah, ( dari kiri : soddiqa , bai, baba & mama )

gambar ni yer ( berdiri dari kiri : kak nahdia, abg 'urwah, abg naim & kak nusaibah )

gambar ni plak ( dari kiri berdiri : Khadijah, sodd, bai, kawan baba, mama, kak ba, abg naim & baba )
dan yang sebelah saya ni, adalah insan yg paling saya sayang...hehe...sapa lagi kalau bukan isteri saya, sebab dia ni lah saya dapat keluarga baru...huhu...

P/s = tiada dalam gambar ( mutmain = di mesir & ahmad = di German )

bai : sayangi keluarga anda...amal ma'ruf nahi munkar...anda mampu mengubahnya...

Rabu, 13 Februari 2008

Nikmat BerPACARAN Setelah Bernikah!!!

Yes!!! bai lagi tinggi dari Sodd...hihi
Serah apa lah tu yer.....
Ceria sungguh....!!!

Isteri Tercinta " Soddiqa " sedang menayangkan sijil nikah nya...
Yes!!! akhirnya Allah kurniakan saya anugerah dan amanah ini...






Nikmat BerPACARAN Setelah Bernikah...




alhamdulillah, Akhirnya pada tanggal 9 Februari 2008, saat yang dinanti-nantikan pun tiba, dengan sekali lafaz sahaja saya telah bertukar status, saya adalah seorang SUAMI sekarang ni.


sedikit info, nama isteri saya ialah Soddiqabte ariffin, beliau sebaya dgn saya, sekarang ni bertugas sebagai Engineer di Kilang Pernec. Seorang yg aktif dan penuh ceria, dan sekarang ni, kami sedang di lamun cinta ( saja nak provoke kawan2 lain ).






Indahnya Perhubungan Berlandas Sempadan.




masih teringat, bagaimana kali pertama saya mengenali beliau ketika di satu prgm nasional di KL, masa tu dah pasang niat, dan alhamdulillah akhirnya Allah makbulkan doa hambanya. Just nak share dgn kawan2. Sepanjang saya mengenali beliau, banyak sempadan2 yang kami jaga, di antaranya ialah:




  1. Kami tak pernah Keluar DATING walaupun dah bertunang.


  2. Sepanjang tempoh bertunang, saya hanya pernah Call beliau sebanyak 4 kali sahaja, itupun atas urusan penting.


saya yakin, kawan2 di luar sana juga mampu lakukan nya, anda pasti akan merasa nikmat nya bila anda dapat keluar DATING & Berborak2 dgn pasangan anda setelah berNIKAH...





Harapan utk Kawan-Kawan...



sedikit harapan utk kawan-kawan dan teman, percayalah kata-kata saya ini, bagi yang belum bernikah, Cepat- cepat pasang niat, kemudian berusaha bersungguh-sungguh, dan BANYAK kan BERDOA kepada Allah.



Nikmat BerPACARAN setelah Bernikah tak dapat saya ungkapkan dgn kata2...


JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA SAHABAT-SAHABAT YANG AMAT SAYA KASIHI.....