Rabu, 26 Mac 2008

Kecilnya Dunia Ini

- Gambar bersama pakde ( dari kiri : Pak de, hafiz Bai , Pak Im ), semasa prgm KRJ di masjid -

Kecilnya Dunia Ini….


Malam semalam seusai melaksanakan solat isya’ 4 raka’at di surau an-nur berdekatandgn apartment saya, saya dikejutkan dengan suatu pertemuan yang amat tidak di duga, rasa macam nak buka lagu “ suratan Kebetulan “ je masa tu…

Actually cerita dia macam ni, lepas je solat isya’, secara tetiba saya terperasan seseorang yg amat saya kenali di surau tu, seseorang yang sememangnya bersama-sama saya mengorak langkah menjayakan prgm2 remaja di johor, prgm2 remaja “ menyerlah jauh dari yang Biasa “…


Hehe…rupa-rupanya saya terjumpa “ Pak De “ @ akhi Ariffin kat surau yg mmg biasa jadi tempat saya solat, macam tak percaya pun ada, tapi itulah kenyataan nya. Pak de yang berbaju melayu hijau ( masih saya ingat baju tu lah yang dia pakai semasa prgm Xrek Johor di Kem kaizen tahu lalu ). Saya pu n apa lagi, terus menyapa beliau, dan beliau lagilah 3X ganda terkejut tgok muka saya kat situ…hihi….


“ eh pak de, buat apa kat sini ? “ pakde duduk area setiawangsa jugak ke? “ tanya saya “


“ sambil tersenyum beliau, menjawab ya…pak de duduk area setiawangsa jugak, Berjiran rupanya kita ni yer…hihi…”


“ pak de stay di perumahan mana, actually kawasan setiawangsa ni banyak perumahan “..


kemudian dia menjawab “ pak de duduk di apartment belakang sekolah Kebangsaan Setiawangsa “


seketika saya terdiam sambil berfikir, eh! Tu apartment yang saya duduk jugak tu…


“ ya Allah, satu aprtment rupanya kita ni pakde…Subhanallah….Kecil nya Dunia ni…


sambil bergelak ketawa, kami sama –sama menuju jalan pulang ke apartment, Cuma yang membezakan ialah saya stay di blok 12 ( berhadapan Saba Islamic Media ), dan pakde di blok 70++….


Actually, pakde orang johor, lahir di muO…kahwin dgn orang jasin…rumahnya di UTM Skudai sebab isterinya bekerja di UTM…dia pulak bekerja di KL di sebuah syarikat O&G, dia berulang setiap minggu, weekend balik JB….weekdays ada di KL…


pak de juga salah seorang AJK KRJ Johor...dia jaga bhgn UNIT Modul KRJ Johor...org genius buat modul ni...huhu


Akibat tugasan kerja yang tak menentu, dia mmg hampir setiap hari balik lewat, so dia prefer solat di surau berdekatan bangunan tabung haji di jalan ampang/jalan tun razak tu…sebab tu saya jarang nampak dia…kebetulan semalam dia balik awal…huhu…tulah dah Allah nak tetapkan pertemuan kami kan…


Apa-apa pun…lepas ni boleh jemput pak de ke prgm area lembah kelang plak….pak de pun dah hampir 2 bualn senyap takde khabar berita…email ( masg ) nya pun dah lama tak keluar….


Itulah dia sebuah cerita ceriti dari saya…..


Bai: moral…lainkali ukhwah kita kena betul2 rapat…kena kenal betul2 sahabat2 kita…huhu

Tiada ulasan: