Selasa, 18 Mac 2008

Assalamualaikum wrt…

Apa khabar antum semua, hmm…lamanya saya tak update blog ni, nak kata takde masa, rasa macam ada je masa terluang…maybe takde mood dan kurang kerajinan kot…apa2 pun…hari ni saya nak update jugak sedikit perkembangan bersama dgn kawan…

Sejak kahwin ni…saya rasa macam dah semakin kuat makan pulak,…maybe isteri masak sedap kot.. hehe…saja je puji isteri cikit…

Pilihan Raya Umum ke 12.

So..jom kita sembang2 pasal pilihanraya umum (PRU) yang ke 12 baru2 ni. Actually saya tak lah terlibat secara langsung, rasanya kurang sgt penglibatan saya dalam berkempen kali ni,walaupun seorang dari sedara saya ( Cehh!! ) iaitu YB Sa’ari Sungip telah bertanding utk calon Dun N18 Hulu Kelang Selangor. Macam2 jugak aktiviti kempen yang kami lakukan, Edar risalah, ketuk pintu rumah utk rayu undi, Konvoi bersama calon semasa sesi ceramah umum, dan macam2 lagi, pasang banner dan poster tu jgn kira lah…tiap2 malam…

Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan stratergi yang hebat…tak gitu kak ya…huhu.. akhirnya Hj Sa’ari Sungip atau lebih dikenali di kalangan kami sebagai pak Abu telah berjaya memenangi Kerusi Dun N18 hulu kelang…dan sekarang dia bergelar WARAK yakni singkatan bagi WAkil RAKyat…hehe…WARAK PAK ABU….huhu….


HARAPAN PRU 12

Biasalah…setiap kali kempen..calon akan bg harapan2 baru utk rakyat…Minyak turun lah, harga barang turun lah, dan macam2 lagi yg turun…Cuma satu je yg kami harap naik..iaitu GAJI NAIK ma!!!...huhu…

Apa yang saya takutkan ialah, semua perkara2 dan harapan2 yang dijanjikan ini sebenarnya akan berlaku dan mmg boleh berlaku jika Barisan Alternatif iaitu Roket + Bulan + 2 anak bulan tu MENANG 2/3….

Memang benar, BA telah berjaya merampas beberapa buah negeri, tetapi itu tak bermakna kita masih boleh mengawal harga2 minyak dan sebagainya…kita kena menang 2/3 majoriti dalam pilihanraya ni…baru lah kita boleh rasa selesa..

Bukan apa..saya Cuma risau kalau2 ada rakyat yg kata calon Barisan Alternatif ni Penipu, gunakan isu2 Rakyat utk tagih undi, …rakyat tidak sepatutnya mengatakan begitu, rakyat sepatutnya berfikir bahwa sanya BA telah bersusah payah utk mmbina satu kerajaan baru, tetapi masih ada insan2 yg tidak mengeti dan masih bersetuju utk Memilih DACING sebagai pilihan mereka…


Saya harap sangat2…agar rakyat tidak mrengatakan bahawa calon BA yang mnang kali ini Penipu…tetapi kita berusaha dan terus Bantu calon BA dari sekarang agar kita mampu menang 2/3 majoriti dalam PRU 13 pula….

Takbir!!!

Takbir!!!

Takbir!!!


Sekian dulu…tunggu cerita seterusnya dari saya….

Bai : sedang mula kumpul baju warna hijau dan biru cair…biru PEKAT tak mau lah…huhu

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam

enche' bai... undi rahsia lah. mana bole bagitau orang...:P

-zubair

Zakeri berkata...

wooohohohoh....(setiap undi adalah rahsia - *p/s: ni utk student lagi je..keh keh...)