Isnin, 30 Ogos 2010

:: 3R di Masjid TMZA ( Besi ) ::

Program 3R di Masjid TMZA Putrajaya ( Masjid Besi )


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita semua. Alhamdulillah, pada 28 & 29 Ogos 2010 yang lalu, Pertubuhan IKRAM Putrajaya dengan kerjasama Masjid TMZA telah menganjurkan program Remaja Raikan Ramadhan (3R) untuk remaja sekitar Putrajaya. Subhanallah, mahasuci Allah, peserta yang mendaftar pada hari tersebut berjumlah 122 orang peserta. Program ini telah dikendalikan oleh abang bai dengan bantuan 20 orang fasililitator dari IKRAM Putrajaya dan 4 orang fasi dari KRJ KL.


abang bai memulakan sesi ice breaking nya :-)



Program bermula dengan slot Riang Ria Ramadhan ( Ice Breaking ) oleh abang bai, para peserta dilatih agar senantiasa bersedia mengharungi cabaran-cabaran di dalam bulan ramadhan. Sesi ini di akhiri dengan nyanyian ukhwah nasyid Ramadhan Tiba.


Seterusnya peserta dibawa ke ruang masjid untu solat dhuha berjemaah & bertadarus beramai-ramai. Sesi bertadarus ini telah diadakan sebanyak 5 kali sepanjang program ini, semuanya mengikut ksesuaian masa.


Slot kedua ialah Slot Peristiwa Islam Di Bulan Ramadhan, Slot ini disampaikan oleh tokoh yang tidak asing lagi iaitu akhuna Dr Hafidzi , gaya bersahaja & santai beliau telah menarik hati remaja untuk mengetahui peristiwa-peristiwa yang ada.


Disebelah petang pula, program diteruskan dengan tayangan filem laskar pelangi, sebuah filem Motivasi dari Indonesia yang mampu mengesani hati, menaikkan semangat, dan sungguh berinspirasi. Selepas menonton, peserta dikumpulkan mengikut kumpulan dan diajak berbincang tentang pengajaran yang boleh dipetik dari Filem tersebut.



Selepas asar, para peserta diberi tugasan yang lebih mencabar, iaitu mereka diminta untuk berjumpa dengan masyarakat luar untuk bertanyakan bberapa soalan tentang ramadhan. Sasaran mereka ialah para remaja, keluarga muslim & non muslim serta orang luar negara. Para peserta dibawa ke bazaar ramadhan yang terdekat.


Selesai bersama masyarakat, para peserta brsedia untuk berbuka brsama, seterusnya solat maghrib, solat isya’ dan solat tarawih bersama. Solat tarawih masjid besi telah diimamkan oleh imam al-hafiz dari luar negara.


Selepas solat isya', para pserta diberi tazkirah ringkas berkenaan tajuk Misi Ke Langit.


Pada hari kdua, para peserta dikejutkan seawall 4.15pagi, kemudian jam 4.30pagi kami berqiamulail beramai-ramai diimamkan oleh seorang imam Muda dari Putrajaya. Kemudian kami bersahur bersama-sama.




Selepas solat subuh, program diteruskan dengan acara Botol Bocor yang telah dikendalikan oleh abg athif & abg aduka.



Seterusnya, ialah slot Celik IT oleh Brother IT kita, beliau mmang pakar dalam bidang IT, para pesrta telah dibentangkan tentang asas-asas Internet, cara penggunaan yang betul, bahaya penyalahagunaan internet & kelebihan internet.

Seterusnya ialah ssi solat dhuha dan bertadarus bersama.



Slot terakhir ialah Slot OUR TRASURE, slot ini mrupakan prkongsian dari 2 orang abang yang belajar di luar negara, abang rafiq yang belajar di Jerman & abang aiman yang belajar di Mesir, pelbagai kisah menarik telah dikongsikan, apatahlagi apabila terdapat beberapa sifat atau tingkah laku yang saling bertentang antara orang jrman & orang mesir. Sebagai contoh, orang di Jerman, walaupun majoritinya bukan muslim, tetapi sifat & tingkah laku mereka amat baik & bermoral, manakala orang mesir walaupun majority nya beragama islam, tetapi tingkah laku mereka banyak yang perlu diperbaiki. Banyak lagi kisah menarik yang dikongsikan seperti cara belajar, kehidupan seharian dan lain-lain lagi.


Slot ini telah mngakhiri program 3R di Masjid TMZA.



Bagi pihak pengendali program, abg bai mengucapkan jutaan tahniah kepada Ikram Putrajaya yang telah Berjaya menganjurkan program ini, juga jutaan terima kasih buat para fasilitator yang sudi membantu menjayakan program ini, sahabat-sahabat dari team KRJ KL ( athif, Duk & akmal ) serta kepada semua peserta 3R di masjid TMZA.

Semoga Ramadhan kali ini, kita tidak rugi lagi.


Penutup dikendalikan oleh abang bai.



gambar boleh dilihat di facebook IKRAM PUTRAJAYA ( http://www.facebook.com/#!/album.php?aid=27350&id=149431495075971 )


2 ulasan:

Nawfal Fathel berkata...

gambar kedua. ada bro pakai baju brazil salib la. hanya teguran.

well done.

Tanpa Nama berkata...

wassalm

baju brazil tu peserta tu...

ana pun tak tahu yg logo brazil ada salib...

jzkkk atas teguran