Rabu, 25 Ogos 2010

:: 3R di Masjid KLCC ::

Alhamdulillah, pada 21 &22 ogos yang lalu, Kelab Remaja JIM ( KRJ ) dengan kerjasama IKRAM WP & Masjid Asy-syakirin KLCC telah menganjurkan program remaja raikan ramadhan ( 3R ) bertempat di Dewan Utama Masjid Asy-syakirin KLCC. Program ini telah dihadiri oleh 85 orang peserta. Pada asalnya jumlah pra-penyertaan adalah 130 orang, namun oleh kerana terdapat sekolah ganti pada hari sabtu 21 Ogos, maka ramai peserta yang terpaksa menarik diri disaat akhir.




Program dimulakan dengan Ice Breaking “Riang Ria Ramadhan “ oleh abang bai, para peserta disaji dengan aktiviti yang menyeronokkan & mencabar.



Kemudian program disusuli dengan Slot Pengisian pertama yang bertajuk “la’allakum Tattaqun” yang telah disampaikan oleh IR Faridul Farhan, antara isi yang menarik ialah, apabila ayat 183 dalam surah al-baqarah itu diterjemah bentuk Sains dan dibahagikan kepada 3 perkara, iaitu INPUT, PROSES & OUTPUT.


INPUT : Wahai orang-orang yang beriman


PROSES : Diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana yang dilakukan oleh generasi sebelum kamu


OUTPUT : Agar kamu menjadi orang yang bertaqwa




Program seterusnya disajikan pula dengan tayangan Filem “ LASKAR PELANGI “ , sebuah filem dari Indonesia yang telah diinspirasikan dari Novel “ Laskar Pelangi”. Banyak manfaat & kebaikan yang boleh di ambil dari file mini seperti berdikari, kepentingan pendidikan islam di awal waktu, kepentingan akidah, islam sebagai sistem hidup, tanggungjawab dan banyak lagi, sangat sesuai untuk para remaja.




Disebelah petang pula, diadakan sesi luar iaitu survey di taman suria KLCC, para peserta diminta mencari seberamai pengunjung yang ada, kemudian mereka perlu bertanya beberapa soalan berkemaam ramadhan, samada pengunjung itu berbangsa melayu mahupun bukan melayu, muslim mahupun bukan muslim. Cabaran untuk sesi ini ialah apabila pihak sekuriti tidak membenarkan para peserta untuk mengganggu para pengunjung. Tapi apalah sangat wisel-wisel dari sekuriti itu berbanding dengan muncung senapang yang terpaksa dihadapi oleh sahabat-sahabat di palestin.




Kemudian kami berIfthar bersama, tedapat banyak juadah berbuka tang telah disediakan, termasuk nasi arab kegemaran abang bai. Kemudian kami susuli dengan solat maghrib, isya’ & tarawih.



Malam itu para peserta disajikan dengan persembahan lakonan PALESTIN oleh abang-abang fasilitator. Tema palestin dipilih bersempena dengan tarikh hari tersebut yang mrupakan hari Al-Quds sedunia.



Pada hari kedua, para peserta telah berqiamulail berjamaah bersama-sama, kemudian bersahur bersama-sama, selepas solat subuh, para peserta disaji pula dengan tazkirah dari Ketua Imam Masjid Asy-Syakirin Ustaz Nasir dengan tajuk maghrifatullah.



Selepas itu, aktiviti diteruskan dengan aktiviti “ Botol Bocor”. Program ini telah dikendalikan oleh kak nina & para fasilitator, para peserta Nampak bersemangat menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan.


Kemudian, slot pengisian terakhir ialah Slot “ Peristiwa Islam Di Bulan Ramadhan “, Slot ini telah disampaikan olh PM Dr Hafidzi Md Noor, penyampaian yang santai & sarat dengan fakta, bagi pihak penganjur, kami amat berbesar hati apabila Dr Hafidzi berpeluang untuk bersama 3R kali ini.



Terakhir sekali ialah, Persembahan Nasyid oleh kumpulan “ Caliph “ dari IIC. Mereka telah menyanyikan 2 buah lagu secara acapella, gabungan 4 orang anak muda ini memang mantap & bermutu tinggi serta disukai ramai.



Program ini telah diakhiri dengan semua peserta menyatakan Komitmen Ramadhan mereka.


Penutupan program telah dirasmikan oleh Ajk KRJ KL iaitu Encik Nazeli Bin Jaafar.



Para peserta telah diberikan sijil penghargaan setiap seorang.




Peserta bergambar bersama-sama :-)

Tiada ulasan: