Selasa, 27 April 2010

:: report program best siri4 ::

~report program best siri4~

Bismillahirrahmanirrahim
Salam wbt

Alhamdulillah...
Syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat yang dianugerahkan buat kita semua.
Alhamdulillah juga, pada 25 april 2010 bertempat di Pusat Komuniti JIM (PKJ), telah berjaya berlangsungnya program BEST siri yang ke4.Seramai 30 orang telah mendaftar pada BEST kali ini.

Kami para urusetia telah berada di PKJ seawal jam 8.00 pagi.alhamdulillah sudah ada adik2 yang menanti kehadiran kami.he.lagi semangat pulak mereka berbanding urusetia program :).Sejurus pendaftaran selesai, adik2 dihidangkan dengan sarapan pagi yang sedap2 belaka :D.

Program dimulakan dengan slot SOLAT yang dikendalikan oleh penceramah, Ustaz Shaharom.Penyampaian yang bagus sekali dari ustaz.Berjaya menarik perhatian adik2 peserta. Banyak juga ustaz kupaskan permasalahan2 berkenaan solat yang bersesuaian dengan tahap adik2 peserta. Mereka juga kelihatan sgt terhibur dgn lawak jenaka dari ustaz. Tak puas dan tak kering gusi rasanya dengar pengisian dari ustaz Shaharom. Mana tak nya, sampai Tuan Pengarah pun tergelak2 besar kat belakang.hu.

peserta khusyuk dengar penerangan ustz ~
Slot berakhir jam 11pagi.Kemudiannya, disambung pula oleh abg bai dengan game 'TONJI-TONJI' nye.he.BEST kot main dia.lama dah x main game tu.Game dari TOKYO la bak abg bai kata.he:)
adik2 tengah praktis tonji-tonjiserious betol dorang ni.fokus fokus..:)

Slot terakhir diisi dengan kuiz "Peta Kusut" yang dikendalikan oleh abg bai. Adik2 dibahagikan dalam kumpulan dan mereka diberi satu peta kwsn yang tidak lengkap. Berdasarkan arahan2 yg diberikan, mereka perlu melengkapkan peta yang diberi. huhu. susah jugak kot nak siapkan. sebab arahan dia susah2 jugak. tapi alhamdulillah ade 2 kumpulan yang berjaya melengkapkan peta dengan betul.TAHNIAH~. xsesatla kami kalau ikut peta antum ni.he.bakal2 perancang bandar.:)uh.memang kusuttt.

Program berakhir lebih kurang jam 12.45 tengahari. Kami makan tengahari bersama2 dan solat zuhur berjemaah bersama-sama.

Kami pihak KRJ Kuala Lumpur ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat para peserta yang sanggup mengorbankan hujung minggu yang terluang utk program2 ilmiah seperti ini. Juga buat KRJ daerah Batu, Cheras dan Titiwangsa atas sumbangan dari pihak antum.

Tidak lupa juga Pengarah program, Saudara Hafiz Bai diatas pengelolaan program yang baik serta para AJK program BEST yang turun membantu, kWae, Uktie Damia, Akh Nazeli dan Akh Kamal Idhzam, beserta 3org fasi akhawat dari TPMC. Jazakumullahu Khairan Kathira. Semoga Allah mengganjari antum dengan sebaik2 ganjaran.

Akhir kata, jumpa antum lagi di BEST SIRI 5.InsyaAllah (^___^).

Tiada ulasan: