Isnin, 11 Mei 2009

..:: Malam Muhasabah Pencapaian KBM KL 2009 ::..

assalamualaikum...

alhamdulillah, malam semalam ( 10 Mei 09 ), bertempat di An-Nadi Setiawangsa, satu program yang gilang gemilang telah berjaya diadakan, program yang diberi nama Malam Muhasabah Pencapaian KBM KL ini diadakan bersempena Ulangtahun pertama KBM KL di muka bumi Allah ini...sejak ia dimerdekakan pada tarikh 10 Mei 09.

Program bermula dengan ucapan dari Pengarah team KBM KL, iaitu akhi hassan unir atau lebih mesra dgn panggilan PakLong....

" hampir setahun bersama KBM ini, pak long rasa amat seronok, dgn KBM ini pak long mula pandai bercakap lebih panjang, dan mula buka kembali buku-buku lama yang dibeli semasa di UK dahulu....untuk dapatkan point-point yang terbaik dalam KBM "....

kemudian,program diteruskan dgn beberapa amanat dari Abg Bai ....

" sekarang ini KBM KL sudah melepasi FASA Pertama iaitu Proses Memantapkan Pengendalian KBM...seterusnya KBM KL perlu berani & bersedia utk melalui proses yang lebih Mencabar iaitu Proses Pemantapan PENERUSAN program KBM KL...."

di antara mereka yang hadir pada malam itu, masing-masing fokus dalam mendengar ucapan- ucapan dari pak long & abg bai....

" pastikan kita tidak menjadi EJEN-EJEN pada malam ini yer...." kata abg bai :-)

seterusnya , pak andak diminta utk memberi sedikit tazkirah....

" jalan menuju ke SYURGA penuh dengan Onak , Duri & ranjau kehidupan serta ianya tidak di hiasi dgn karpet permaidani Merah....jalan menuju Neraka...dihiasi dgn kemewahan, keindahan, keseronokan, kekayaan, kesedapan dan sebagainya....."

kemudian , diadakan acara memotong KEK untuk Besday Boy & GIRL yang lahir hampir dgn tarikh 10 mei 09 ini...antaranya ialah pak andak, kak nina...dan lain-lain...sempat juga abg bai & kak sodd possing dgn KKek ni...hihi...

seterusnya adalah acara makan-makan...huhu...malam itu kami makan ayam bakar ORGANIC...kambing bakar berperisa...Mee Itali ( Spageti la )....roti cicah Kari & desert-desert kesukaan ramai...

tamat makan....kami bergambar beramai-ramai.....


bai : semasa makan, diedarkan borang KOMEN utk KBM KL yg dah lahir selama sebulan ini....pandai betul damia..edar borang tu after semua org dah kenyang :-)

1 ulasan:

+akufobia+ berkata...

wahaa.semoga semakin hebat.