Selasa, 7 Oktober 2008

<- Taqabbalallahu minna wa minkum - >





alhamd
ulillah, setelah hampir 9 hari bercuti, akhirnya kembali semula saya ke kuala lumpur, banyak sangat pengalaman, kenanngan, suka & duka yang dilalui sepanjang 9 hari ini. Rasanya tak perlu saya cerita panjang, sekadar nak bgtaw beberapa fakta nombor yg kami alami.
  • 2532 KM perjalanan yang telah kami lalui. ( millege )
  • 9 kali isi minyak Full Tank
  • 500 ringgit kami laburkan di petronas
  • 250 ringgit Tounch & Go
  • 8 negeri kami singgahi.
  • 2 Negara kami harungi.
  • 35 ++ rumah yang kami ziarahi.
begitulah fakta-fakta nombor yang berjaya saya kesan. jom kita layan gambar-gambar di bawah ni yer.

ni kat rumah Tok Sebelah mama, sehari sebelum raya, kami gotong royong, memasak dan mmbeli belah. Pagi tu saya kena mesin kelapa...syok or!!!!

di pagi raya, saya dan isteri dah siap awal2 pagi lagi, dan sempatlah kami berposing pagi tu. amacam..secocok sejoli tak kami. Bak kata pak hassan, kalau nak bernikah, pastikan " wehdatul Aqidah, wehdatul Fikrah wa Wehdatul Jamaah "....

ni gambar bersama-sama dgn Cucu2 Tok & tok wan sebelah mama, kira macam sepupu2 sodd ;a ni, saya ni Cucu Menantu aje...hihi...masa ni kat Kg Sungai Bakau...pagi tu masa khutbah raya, ramai yg kata " cepat nya khutbah raya kat cini...tak sempat aku nak tido ".

ni plak, keluarga tn Hj Ariffin bergambar dgn Tok & Tok wan sebelah mama, ada ke diorang kata baba dah macam adik beradik dgn Tok...ish...ish...tak patut...tak patut....

Kemudian, kami beraya pula di perak, masuk parit buntar, keluar gunung semanggol, masuk balik Tanjung Piandang, keluar di Nibong tebal, Fuh!!! puas beraya beb!!!

Raya kedua kami beraya di rumah jiran2 mama aje, kmdian ptg tu kami shoot balik ke melaka, nak beraya kat melaka & singapore plak. Pagi raya ketiga kami ke rumah adik beradik ayah kat melaka, nasib baik 90% adik beradik ayah kat melaka, mudah kami ziarah. petang tu, kami shoot plak ke selatan....

singgah sebentar di rumah tok shawal, tok shawal ni Tok kpada kak yong ( KBM KL ), dapatla jumpa kak yong berjubah merah kat atas tu. Malam tu jugak kami masuk singapore, pukul 1.00am baru dapat tido malam tu.

raya ke empat, kami berjalan raya di singapore, macam biasalah konvoi 4-5 biji kereta, yang bestnya semua kereta tu BLACK COLOR...huhu..atas tu gambar kat Bedok, singapore.

ni gambar sedara2 kat singapore, yang berbaju biru cair ( tidak bertudung ) tu adalah bakal mak itam kami, dia tunang pak itam kami, inshaAllah bulan 7 tahun depan dia kawin.

puas beraya di singapura, tibalah pada hari ahad bersamaan raya ke-lima, masanya utk kami pulang ke KL, pukul 1.00pm kami bergegas menuju ke causeway Checkpoit, bukan apa, takut jalan jemm!!! dan ptg tu jugak sempat singgah pasir gudang, rumah pak lang ler...mana lagi...

sempat bergambar bersama pak lang dan ayah. Ayah tak lepas peluang promote Ford ranger dia kat pak lang...kalau ada rezeki apa salahnya kan...

dan sebelum naik highway plus di skudai, sempat saya jumpa anak buah saya ( adik peserta KRJ ), sempat bagi duit raya dan beberapa kelengkapan utk peperiksaan, dia nak ambik PMR tahun ni...goodluck fatah!!!!

dan tepat jam 12 malam, saya sampai di kediaman rasmi saya di setiawangsa, lambat cikit coz kena hantar mami & ayah kat teluk mas di melaka. Dan beginilah gambaran kenari saya yang dipaksa bermusafir bersama...kesian kat dia....



bai : Click kat video pertama yg saya edit ni..." lebaran di Utara "

4 ulasan:

'abid zahida berkata...

~Beraya sakan nampak!berape ribu ringgit hbis..??apepn,mmg best bc...menghidupkan amalan ziarah-menziarahi yg semakin dilupakan terutama oleh generasi muda...(nsb baik ana generasi tua!=D)

Kak Yong berkata...

Abg Bai, Tok Shawal tu atuk KY la, bkn moyang...lps ni kena menabung balik la...nk sambut orang baru kn? x sabar nk dpt baby sedara...hehehe...

ProfHussaini berkata...

Amboi ,,,

Raya sakan nampaknya Akh Bai kita ni;;;

Urwah bin Saari berkata...

seronok beraya di rumah mertua.jangan serik berjuang lagi..:)