Jumaat, 26 September 2008

Musafir Di Bulan Ramadhan & Shawal


assalamualaikum...

alhamdulillah, celik pejam celik pejam...akhirnya kita sudah berada di penghujung bulan ramadhan, dan pastinya saat ini kita sedabg berlumba-lumba mengerjakan amal ibadat bersempena 10 malam yang terakhir.

lima hari lagi kita bakal menyambut lebaran syawal, dan pada kami ( saya & isteri ), lebaran kali ini ada sedikit berbeza. hehe...yelah, pada tahun ini buat pertama kalinya kami beraya sebagai pasangan suami isteri, tak sabar nak rasa apa kelainannya. Pada raya tahun ni juga kami akan sama2 merasa, pengalaman beraya di rumah mertua.

cerita pasal rumah mertua, InshaAllah, malam ini kami akan memulakan pemusafiran kami yang pertama. Jom kita tengok jadual yg telah kami rancang.

  • 26 sept ( 10.00mlm ) - musafir dari KL - Melaka, balik rumah mami saya.
  • 28 sept ( 6.30pagi ) - musafir dari Melaka - Kedah , balik rumah emak isteri saya.
  • 2 Okt ( 6.30 ptg ) - musafir dari Kedah - Melaka , balik semula ke rumah mami.
  • 3 Okt ( 8.00mlm ) - musafir dari Melaka - S'pore , balik rumah makwe saya.
  • 5 okt ( 8.00 mlm ) - musafir dari S'pore - KL , balik rumah semula....huhu
begitulah aturan jadual yang telah kami rancang bersama, nampaknya raya pertama tahun ni kami berkumpul beramai2 di rumah emak mertua saya, kebetula abg2 ipar pun balik sama ( Naim & Urwah ), boleh jumpa anak2 buah yg comel2 belaka tu.

dikesempatan ini, saya memohon seribu kemaafan jika ada tersalah kata, tersilap bicara, dan apa sahaja yang seangkatan dengan nya.

doakan perjalanan kami selamat pergi & pulang.


bai : jangan lupa servis kereta yerk!!! huhu

Tiada ulasan: