Jumaat, 19 September 2008

Iftar & Perjumpaan KNL Bersama Pengerusi JIM IPT Pusat

assamualaikum wrt.

alhamdulillah, pada 18 Sept 2008, satu sejarah baru dalam Karisma telah berjaya dilakarkan, sejurus selepas pengumuman kerusi JIM IPT PUSAT telah di isi, pihak KNL tanpa membuang masa terus mengambil kesempatan untuk bertemu, beramah mesra, berkenalan & berkongsi tentang Karisma bersama dgn Dr Ahmad Z ( DRAZ ) selaku Pengerusi JIM IPT JIM Pusat.

Perjumpaan dimulakan dengan borank-borak kosong sementara menunggu waktu berbuka puasa oleh Presiden KNL, Naib Presiden 1 , Naib Presiden II & Setiausaha gung KNL.

gambar Naib Presiden 1 dan presiden KNLm, sedang menikmati juadah berbuka puasa.

tidak ketinggalan, 2 exco KNL ( Nihlah = JK HEA & Asma' = JK Pelapis ) turut hadir untuk bersua muka dengan Pengerusi JIM IPT yang terbaru.

Seusai menunaikan solat tarawih, tanpa membuang masa kami terus ke Bilik Tenang ( yang khabarnya lebih Tenang ) untuk memulakan perkenalan & perkongsian. Program dimulakan dengan kata2 aluan oleh Setiausaha agung ( akhi hafiz bai ), kemudian sesi ta'ruf, dan sedikit ucapan pembuka kata oleh DRAZ.

tidak ketinggalan, otai JIM IPT, akhi hussein kari turut bersama dalam perjumpaan ini. Jzkk akhi hussein atas kelapangan masa yg dikorbankan.

bagi yang tidak mengenal beliau, beginilah lakaran wajah Pengerusi JIM IPT Pusat yg terbaru, DR Ahmad Z ( DRAZ ) yang juga merupakan JK Dana JIM Pusat. Orang kuat KIMB ni..

perbincangan semakin hangat, Misi, visi & big Picture Karisma terus dipersembahkan.

Kelihatan, Exco-exco KNL ( akhwat ) tekun dan serius dalam perjumpaan yang singkat ini.

seterusnya, perbentangan berkenaan capaian-capaian karisma, Berapa Karisam negeri? Berapa Karisma daerah? Berapa Karisma IPT? dan fungsi-fungsi Karisma Interest Group.

di akhir sesi, pelbagai isu berbangkit timbul, termasuklah isu Unit Pra-U, Unit Pelajar Antarabangsa dan sebagainya. Tepat jam 11.30 mlm, perjumpaan akhirnya tiba ke penghjungnya, dan kami bersetuju untuk mengadakan sesi perjumpaan buat kali kedua pada 16 Okt 2008.

alhamdulillah, segala urusan kami elah dipermudahkan, jazakallahu khairan kathira diucapkan kepada DRAZ di atas kesudian untuk hadir walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang agak jauh.


bai : sempat tanya DRAZ...anta dah ada Kerajaan bayangan JIM IPT ke?

Tiada ulasan: