Selasa, 24 Jun 2008

Walimah oh Walimah



assalamualaikum wrt...

alhamdulillah, tepat pada 15 Jun 2008, akhirnya terlaksana juga harapan ayah dan mami saya yang nak sangat kami diWalimahkan sekali lagi. dalam keadaan serba sederhana, majlis berjalan dgn lancar. Terima kasih buat adik2 Fasi dari IIC, sahabat dai Intisor, sahabat2 dari USIM ( hafizul amin + amin ) di atas kesudian utk hadir pada majlis saya...

tidak lupa juga buat team KBM KL, pak long, pak ngah, pak andak, pak kay dan ramai lagi, terharu nya dgn pengorbanan antum. Sanggup jadi sebahagaian dari pasukan rombongan sebelah pengantin perempuan...siapa lagi kalau bukan kak Chod...hihi..

PALESTIN + ISA

apa yang berlaku dalam majlis ni mmg istimewa, keluarga saya sempat berbincang utk buat sesuatu yg lain drpd yg lain, dan ahirnya kami sepakat utk buat pameran, jualan dan tayangan palestin yang diuruskan oleh abg saya.

kemudian, terdetik di fikiran saya untuk buat kelainan kali ni, iaitu kami decide nak pakai bagde ISA semasa walimah nanti, dan kami sempat bgtaw kat adik2 fasi IIC utk pakai badge yg sama, mmg agak berani tindakan saya ni, tapi saya buat kerana Allah, dan Alahamdulillah segalanya berjalan lancar.
gambar Pengantin lelaki & perempuan yg memakai badge ISA..huhu..satu pengalaman yg menarik.
pameran dan jualan palestin, ada jugak produk2 Brotherhoods di situ..huhu...

Walimah + Kesedaran

actually, dah lama saya idamkan suasan yg sebegini, dimana, di dalam majlis yang sememangnya kita punya, kita mampu buat apa sahaja, buat pemeran ke? jualan ke?..kenapa tidak, kenapa mesti malu kalau buat macam ni...kadang2 saya pun tak faham kenapa masih ramai yg tak mahu manafaatkan ruang yg ada ni, saya rasa iaya lebih berpotensi daripada kita terpaksa menyewa gerai dan sebagainya utk buat pameran palestin sebegini..

secara langsung ianya dapat memberi pendedahan kepada saudara-mara kita yg terdekat, takkurang juga isu ISA yang sedang hangat diperkatakan sekarang ni..

sepanjang majlis, memang saya dan zaujah pakai badge ISA ni, ada yang kata bagus, ada yg kata " apani ISA! ISA! "...yang perli-perli pun ada....dan y mmg tak tahu apa tu ISA pun ada...seronok saya dapat terangkan ada kawan2 ttg kezaiman ISA...dan rupa2 nya..ayah saya pun taktahu kisah sebenar ISA ni...sepat juga saya berkongsi ttg kezaliman isa...

maybe atas kesedaran yg saya dapat melalui buku terbitan saari Sungip yang banyak berkongsi ttg kezaliman ISA...membuatkan saya rasa ISA ini sangat2 patut utk dihapuskan...

ISA zalim!!! ISA zalim!!! ISA zalim!!!

bai : saya ada lebih 10 badge ISA...huhu

Tiada ulasan: