Rabu, 4 April 2007

PELAJAR SMKA PELAJAR IZZAH....



salam panglima menyusur masuk....laju....

erm...macam mana nak start yer...

ok..hari tu kalau baca email dari pak lang, dia kata Ustaz sekolah ni minta kita Tekankan " Izzah seorang Pelajar SMKA " .

PERBEZAAN = DIFFERENT...

so ana dah brainstorm diri ana semalam, di campur dgn pengalaman yang ada. So ana merasakan bahawasa nya Pelajar2 ni mempunyai masalah dengan apa yg dikatakan sebagai " PERBEZAAN ", atau kata terbitan nya BEZA..


so, masalah PERBEZAAN apa yang dihadapi oleh mereka ini. Masalah nya ialah mereka tidak bisa membezakan di antara Pelajar SMK biasa dgn SMK AGAMA. Persoalan seperti " apa kelebihan SMKA berbanding SMK biasa " ??? perlu di terangkan lebih terperinci agar mereka dapat merasakan bahawa kelebihan berada di SMKA adalah suatu IZZAH berbanding mereka yang hanya duduk di SMK Biasa..

so, base on my experience yang pernah bersekolah di SMA (AA ) yakni SMK Aliran Agama ( satu step sebelum SMKA ).
Berikut ana senaraikan beberapa perbezaan yakni kelebihan Pelajar2 SMKA berbanding SMK Biasa. ;

  1. Subjek aliran agama ( Bahasa Arab, PQS & PSI )
  2. Penempatan di ASRAMA.
  3. Comfort Zone ( Biah Solehah )
  4. PENGHORMATAN ( dari masyarakat Majmuk )
so, di sini suka ana utk menghuraikan sedikit sebanyak berkenaan dgn senarai kelebihan yang ada pada SMKA ni yer :


SUBJEK ALIRAN AGAMA

Subjek - subjek yang ana maksudkan adalah Bahasa Arab ( komunikasi & Tinggi ), Pengajian al-Quran Sunnah ( PQS ) dan Pengajian Syariah Islamiah ( PSI ). Subjek seperti ini jarang di tawarkan di SMK biasa, Hal ini adalah kerana pelajar SMK biasa tidak mampu menguasai asas-asas bahasa arab dgn baik. Kesannya, pelajar SMK biasa akan gagal mungkin jika mengambil subjek bahasa arab ini. Tambahan pula PQS & PSI banyak menekan kan kalimah-kalimah bahasa arab dalam topik-topik yang di selaraskan.

Maka, menjadi suatu kehebatan & kelebihan bagi pelajar SMKA di mana dgn ilmu bahasa arab yang di miliki, mereka bukan sahaja mampu berkomunikasi dalam bahasa arab, malah mampu memahami erti dan kalimah al-qurann dengan baik berbanding pelajar SMKA yang tidak menambil subjek bahasa arab.

Lughatul 'arabiyah hiya lughatullah wa lughatul rasulullah wa lughatul jannah....


ASRAMA ( MASKAN )

Sebagai insan yang pernah menghabiskan masa selama 5 tahun di asrama SMK AA Tun Perak Jasin Melaka, dan 3 tahun di asrama Jaiputra. Ana sentiasa merasakan bahawa pengalaman dan ilmu yang di dapati di asrama telah menjadikan apa yang antum lihat pada diri ana sekarang ini ( bagi yg mengenali diri ini lah...).

Semua SMKA di serata Malaysia ini di sertakan kemudahan asrama yang pada ana cukup selesa bagi insan yang bergelar pelajar sekolah menengah mendiaminya.

Diantara kelebihan mereka yang menetap di asrama ialah :
  • Ibadat Fardhu & sunat di laksanakan secara amal jamai'e.( termasuk almathurat )
  • Program-program pelbagai bentuk sentiasa diadakan.
  • Ukhwah di antara teman seperjuangan akan lebih erat.
  • Bakal mencontohi dan mendahului pelajar luar asrama dalam pelbagai aspek.
  • kekuatan diri utk berdikari yang kuat. ( self motivate )
  • Pengurusan diri yang lebih sempurna.
  • Public relation yang lebih baik.
dan macam lagi...kesimpulannya, pelajar yang tinggal di asrama akan lebih keterhadapan berbanding pelajar yang tinggal di luar.

" Maskaniy : jannatiy "...


COMFORT ZONE ( Biah Solehah )

Apa yang di maksudkan dengan Biah Solehah adalah di mana persekitaran sesuatu kawasan itu lebih terdedah kepada persekitaran yang Soleh, yang bersih, suci lagi murni. Persekitaran ini amat bertepatan dengan persekitaran yang wujud di SMKA.

Persekitaran yang di maksudkan termasuklah penghuni yang ada di kawasan itu seperti guru-guru, staf kakitangan, para pelajar mahupun masyarakat setempat. Hal ini mampu melahirkan suatu generasi yang bersih hatinya, murni akhlaknya dan mantap fikrah islamiahnya serta pelbagai lagi unsur-unsur positif.

maka, tidak hairan lah jika kita bisa mengatakan bahawa pelajar-pelajar SMKA itu adalah yang terbaik di kalangan pelajar lain, samada SMK biasa mahupun SMK-SMK jenis yang lain.


PENGHORMATAN ( masyarakat majmuk )

Mengapa saya turut menekankan PENGHORMATAN masyarakat setempat sebagai salah satu kelebihan dan perbezaan di antara SMKA dgn SMK biasa adalah kerana tiga kelebihan di atas iaitu subjek aliran agama, tinggal di asrama dan biah solehah yang diberikan kepada para pelajar SMKA ini.

Tidak hairanlah jika terdapat majlis rasmi atau program kemasyarakatan, pelajar-pelajhar SMKA ini akan menjadi di antara mereka yang terdahulu di jemput sebagai tetamu, peserta, mahupun membuat persembahan nasyid dan sebagainya berdasarkan kelebihan yang mereka ada.

" Kuntum khairu ummah, ukhrijat linnas......" ( ila akhir )....


secara kesimpulan nya, gabungan dari empat perkara dan kelebihan di atas, mampu membuktikan bahawa pelajar -pelajar SMKA adalah pelajar yang terbaik, pelajar yang berIZZAH, pelajar yang sentiasa keterhadapan dan sebagainya.

Tidak salah jika kita menganugerahkan pelajar-pelajar SMKA ini sebagai " PELAJAR YANG BER " IZZAH " LAGI MULIA....."

sekian wassalam....



bai : Seronok dapat jadi X-pelajar SMKA...

Tiada ulasan: