Selasa, 17 April 2007

Tanpa Perlu Berkata....








TANPA PERLU BERKATA.......

Assalamualaikum Wrt...

Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak meng"update" blog yang ada, akhirnya Allah memberi kesempatan juga kepada diri ini utk berkongsi sedikit sebanyak bersama anda semua...

InshaAllah, kali ini suka utk saya bercerita ttg pengalaman ketika bersama KRJ berprogram di sekolah-sekolah sekita negeri johor. kali ini suka saya utk berkongsi berkenaan dengan " tanpa perlu berkata " !!!

Sedarkah kita, bahawasanya, dengan tanpa berkata-kata juga mampu menimbulkan pelbagai kesan baik positif mahupun negatif...mari kita saksikan bersama-sama beberapa pengalaman berikut:


1) " Tanpa Perlu Berkata" juga bisa di gelar anak Derhaka.....

Ahmad, seorang pelajar sekolah menengah di Perak, baru sahaja pulang dari sesi persekolahan nya, akibat sedikit keletihan, ahmad pun baring dan berehat sebentar di ruang tamu sambil menonton sitkom drama indon bawan kecil : bawang besar...tetiba terdengar suara memanggil...!!!

Ahmad!!! oh! Ahmad!!! Tolong mak kejap nak...???
( tiada sahutan...dari ahmad )

rupa-rupanya, rahimah matroof, ibu ahmad yang memanggil ahmad, sekali lagi rahimah memanggil ahmad...

Ahmad!!! oh! Ahmad!!! tolang lah mak kejab ye nak..??? ( dgn nada lembut )
( masih tiada sahutan dari ahmad )

Ahmad yang sedang baring di ruang tamu sebenarnya dengar akan panggilan ibunya itu, tetapi dia sengaja tidak mahu menyaut, dgn alasan penat..

Tanpa Ahmad sedari, hati si ibu yang murni itu telah pun terluka dek perbuatan ahmad yang hanya " BERDIAM DIRI " - " TANPA BERKATA " apa -apa pun...

derhaka ke perbuatan ahmad itu??? sama2 lah kita menilainya....



2) "Tanpa Perlu Berkata " juga bisa menjadi anak Derhaka siri 2

Robiah selamat, merupakan seorang pelajar yang cemerlang, akhirnya beliau telah berjaya melanjutkan pelajaran nya hingga ke Oxford University. Kedua ibu bapanya yang bekerja sebagai penoreh getah terlalu gembira dgn pencapaian anaknya itu...

sehinggalah anak nya itu pulang dari Oxford University 5 tahun selepas itu....

Setibanya di rumah yang usang dan daif milik ibu & ayah robiah itu, beliau mula berkata di dalam hati nya, ish!! buruk lagi rumah ni...( rumah ku di Oversea jauh lebih cantik ).....

Robiah masuk, berjumpa & bertemu dgn kedua org tua nya, betapa gembira dan rindunya kedua pasangan Tua itu melihat kelibat robiah yang sudah pulang setelah seian lama merantau d negeri orang...

****Seminggu Kemudian ****

Ibu dan ayah robiah mula tidak senang duduk dgn keadaan robiah, ??? Robiah tidak seperti dahulu, tidak seceria dulu, tidak banyak bercerita seperti dulu, tidak manja seperti dulu...apakah salah ibu dan ayahnya....

sikap robiah semakin menjadi-jadi apabila dia mula jarang duduk bersemuka dgn kedua orang tuanya...akibatnya kedua orang tua nya itu merasa sedikit terluka dgn perbuatan Robiah yang hanya " DIAM BERSAHAJA " - " TANPA BERKATA " apa-apa pun....

Derhaka kah robiah ???? anda nilai lah ia....



3) " tanpa Perlu Berkata " juga bisa melembutkan hati....


Baru-baru ni, saya berkesempatan bersama paklang utk bersama KRJ Perak berprogram di Sri Kandi Perak, apa yg menariknya, pelajar2 menengah rendah ( Form 1-3 ) sekolah itu lebih nakal dari pelajar Ting 4 & 5.

dan di dalam reramai adik2 form 1 ni, ada seorang adik yg nama nya Syahmi ( bukan nama sebenar ), syahmi ni terlalu nakal & klakar seram..tapi tak sampai tahap biadap!!!..

so sepanjang prgm dia mmg tak pernah beri perhatian, malah asyik bermain & kena-kenakan fasi serta pengendali yang ada...

puas ana cuba dekat dia, borak dgn dia, melawak dgn dia, bercerita dan kena-kenakan dia...tetapi tak membuah kan hasil...

Brain wash dia..jgn cakap lah, bukan ana sorang jer, pak lang, ustaz aias dan ramai lagi dah cuba nasihat & basuh dia...

semasa sesi bersama ibu bapa, ana tanya dia mengapa tak panggil ibu datang ( ana tahu ayah dia meninggal dunia )....dia cakap kat saya...

" buat apa...Menyibuk jer..." !!!!
tercabar jugak saya masa tu...tapi masih mampu mengukir senyuman...
sempat juga cakap paling baik dgn dia...
nak tackle juga hati dia...
tapi tak mampu juga..hati nya ckup keras,,.......

sehinggalah tiba saat bersalam peluk...( sesi penutup )
lagu Doa Perpisahan ( brothers ) di buka....

semua peserta dan fasi bersalaman & berpelukan...

tatkala itu, saya melihat air mata Syahmi berjujuran seperti baru sahaja kehilangan sesuatu yang paling di sayangi nya...

apabila sampai dia kepada saya...
" TIDAK TERKATA " saya di buatnya...
saya hanya salam & peluk syahmi....
tangisan nya semakin menjadi-jadi....

selesai sesi penutup..
saya terus mendapatkan syahmi di kantin...
setibanya di sana...
dia terus salam dan cium tangan saya...
sambil berkata... " Terima Kasih abg bai....."
kemudian dia lari hilang dari pandangan mata saya.....

saya cuba jejaki dia selepas makan...
tetapi dia sudah tiada di sekolah.....

apa yg ingin di katakan ialah...
selama 2 hari saya cuba nasihatkan nya ...
selama 2 hari saya cuba membasuhnya...
tetapi tidak mampu...

tetapi akhirnya ...
hati syahmi kalah dgn " salam & pelukan " ada sesi penutup...
" TANPA PERLU BERKATA-KATA "....
hati syahmi telah pun cair dan lembut seadanya.......

....................................................................................................................

Begitulah beberapa pengalaman yang dapat saya rungkaikan buat tatapan semua, semoga ianya dapat memberi pengajaran sedikit sebanyak....



bai : Tanpa Perlu Berkata....


1 ulasan:

xandra_khathita berkata...

sediynyer..budak nakal tak semestinya takde perasaan..he losing his dad maybe his reason why he act like dat..