Selasa, 15 Januari 2008

Di Jalan Da'wah Aku Bernikah

Assalamualikum wrt....
Sekadar ingin Memaklumkan berkenaan tujuan dan niat mulia saya iaitu walimatul urus di antara saya dengan bakal zaujah. InshaAllah.






Saya Mengharapkan Doa-doa dari sahabat-sahabat sekalian agar mendoakan Urusan Baitul Muslim ini agar diberi Barakah wa rahmah wa sakinah.. Jazakallahu khairan kathira...


Selasa, 8 Januari 2008

KBM BUKIT PIATU...

PROGRAM KBM DI BUKIT PIATU...
SEBAHAGIAN DARIPADA AKSI PESERTA....
SEBAHAGIAN DARIPADA FASI-FASI NI...

GAMBAR BAi BERSAMA YDP JIM MELAKA.....

bai : lamanya ana tak update......



Khamis, 27 Disember 2007

saya kat UIAM...



salam...

erm..dah lama benar tak update blog ni...
ni pun tak tahu nak kata apa...
gambar2 kat atas tu adalah 0.17% dari gambar2 XREK yang ada...
kalau nak tgok gambar Xrek ni ....CLICK Sini...

juga nak bgtaw yang sekarang ni saya kat
UIAM..baru dapat sambung belajar...
ambik kos cikgu + ustaz ( ustat bak kata org utagha...)..

pape pun doakan saya yer...

bai : tiap2 hari senyum sorang2...

Selasa, 11 Disember 2007

Seberang Uniti...

alhamdulillah...

Bertemu Kita lagi, rasanya dah terlalu lama saya tak update Blog ni, yelah kegawatan masa mmbuatkan saya tak dapat utk duduk menghadap PC utk satu jangka masa yang lama. So kali ni nak share ttg beberapa aktiviti saya sepanjang 2 minggu lepas.

BERLEPAS KE SEBERANG...

So, pada 28 - 30 November, saya berpeluang utk ke Seberang indonesia bersama makcik, pelbagai perkara yang dapat di ambil iktibar bila pergi ke seberang sana.
Ni dia Tiket kapal terbang yang sempat saya rakamkan gambar nya...
aik!! gula2 pun nak ambik gambar ke ???

KBM KOLEJ UNITI


pada 1 & 2 Disember pulak, saya berkesempatan utk menghadiri prgm KBM di Kolej Uniti, Turut sama dalam prgm ini adalah abg Moja, abg DD, dan ramai lagi...


abg moja tgah bagi tazkirah pasal palestin
Beberapa adegan slot KBM Uniti...
Peserta di saji dgn gelak tawa di awal prgm...
ha!! ni dia kembar tapi tak serupa...bai & DD....hihi

sekian saja, nanti kita borak-borak lagi yer...

bai : bakal ke UIAM tak lama lagi...

Khamis, 22 November 2007

XRek 2007

Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa...

alhamdulillah, hujung mggu lepas saya telah mengiringi 12 orang peserta Xrek Team johor ke batang kali, prgm yang berlangsung pada 17 - 19 November 2007 itu telah meletakkan Team Johor yang sentiasa Menyerlah jauh dari yang biasa utk memegang gelaran Juara..
tahniah kepada mereka yang juara!!!!


Di antara fasilitator dari karisma yang mmbantu....

Sempat Bergambar dgn Kereta plat number nya KBM ( keindahan Bersama Mu )

huuuuu!!! abg Q ler tu.....hihi

2 jejaka tampan utk di jual...mari! mari! mari!....siapa cepat dia dapat...

diantara peserta Xrek yg ada...yang barisan depan tu team johor...bagus2...dok depan jer...

Ni dia team Xrek KRJ Johor..." Menyerlah jauh dari yang biasa kan "...

Ni plak team wanita Xrek KRJ Johor....terserlah keayuan nya..hehe

DJ Ikim turut mmbuat liputan sempena Xrek...hehe

malam ni saya nak nyanyi lagu mawi yer..dengar tau!

kelihatan beberapa peserta telah di tarik oleh sebuah jeep ....

tgah sejuk masa ni...nampak tak badan saya vibrate tu...hihi

Ni lah lembu yang bakal dikorbankan oleh peserta Xrek..hihi...apa pandang2...ada hutang ke?


bai : rasanya...aktiviti paling penat ialah masa perjalanan pulang dari KEM ke Pudu raya...huhu

Khamis, 15 November 2007

KBM Perak...

asslamualaikum wrt..
sekadar nak berkongsi pengalaman...

pada 9, 10 & 11 yang lalu saya telah berpeluang utk bersama Team KRJ Johor berprogram di Perak,. prgn yang di beri nama KBM perak telah di adakan di Teluk Senangin. Seramai 6 orang Crew KRJ Johor telah terbang ke Perak menaiki Innova, ianya terdiri daripada Pak lang, pak Long , Pak chu, Bai, Fidah & mak lang...


Program dijalankan selama 32 jam, peserta yang datang kebanyakan nya dari Sekitar negeri Perak, Pulau Pinang , Kedah & perlis. Jumlah keseluruhan peserta ialah 60 orang...
alhamdulillah prgm yang Modul nya baru di update telah mndapat kesan yg kuar biasa..
tahniah di ucapkan kepada pihak penganjur & pengendali. Yang pastinya saya berjaya menahan nafsu utk pegang MIC seperti prgm2 KBM biasa...


sepanjang prgm berlangsung...tiada perkara yang tak baik berlaku, melainkan adanya kehadiran dua ekor lipan tanpa di undang...he...apa yang menariknya dalam KBM ni, ada sesi Bicara Suami & isteri..memang sgt romantik bila kita ketemukan pasangan peserta yg suami isteri nya ada di situ...di tambah plak dgn soundtrack lagu " winter sonata "...huhu

prgm tamat pada jam 1.30pm, alhamdulillah di akhir prgm , kami dapat jgak Lemang jagung perak..huhu...ptg tu saya drive kete dari Perak ke JB tanpa tukar driver selama 7 jam..
stop kejap dekat Dengkil utk makan satay samuri...

tema kami utk KBM kali ni ialah " MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA "....


bai : entah bila ler sampai ke perak lagi...

Isnin, 5 November 2007

Kita tanya...Quran Jawab...


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,

dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA :
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA :
KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,

padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA :
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu

(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA :
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang;
dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA :
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?

- Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA :
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB

"Hanyalah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA :
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.

Sesungguhnya tiada berputus asa dari Rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 80