Jumaat, 2 Julai 2010

:: KBM KL FC vs KBJ FC ::

Asslamulaikum wrt.....

Alhamdulillah, pada 19 Jun 2010 yang lalu, saya dan sahabat fasi KBM KL telah menyahut cabaran KBJ FC untuk berentap di padang Bola Hospital Kuala Lumpur dalam acara Bola sepak 11 sebelah.

Alhamdulillah, kami mewakili KBM KL FC telah diwakili oleh pemain2 yang luar biasa hebatnya, luar biasa kepecutannya, luar biasa Geleceknya, luar biasa sepakannya & luar biasa staminanya...antara Top Player Team Kami ialah :

1. Cecs Milhan ( kepten)
2. Zairul Zinedine
3. Messi Bai.
4. Muaz Beckam
5. Aiman Giggs
6. Syazman Adnan
7. Musa Rossa
8. Aqil Rooney
9. Ariff Owen
10. David Lukman
11. Ronales Jun

Dan 2 orang pemain simpanan iaitu :

1. Idzwan Henry
2. Naim Pamungkas

Alhamdulillah, bertemakan UKHWAH TERAS KEGEMILANGAN, permainan telah berjalan dengan lancar, kami telah berjaya memastikan supaya tiada pemain kami yang menjaringkan gol di dalam match tersebut, agar Tema kami UKHWAH TERAS KEGEMILANGAN dapat terus dikekelkan bersama dengan team lawan iaitu KBJ FC. Kami tidak sanggup melukakan hati lawan kami, lalu kami redhakan agar mereka memperolehi kemenangan kecil iaiti 8 gol untuk KBJ FC dan "8 darab 0 " GOL bagi KBM KL FC....

Perlawanan kami telah disaksikan oleh ribuan penghuni wah HKL dan mendapat sokongan dari pasukan sorak jururawat HKL..hehe...

Alhamdulillah, apa yang paling penting dalam match ini ialah UKHWAH yang lahir dari iman, ukhwah yang lahir dari kasih sayang, ukhwah yang lahir dari Rahmat Allah...walaupun saya antara punca utama kepada kekalahan ini, namun alhamdulillah ahli pasukan tidak ada yang menunjukkan rasa tidak puas hati, malah mereka semua senyum tanda puas kerana dapat bermain di padang Rumput.

Tahniah buat kembar aduka & sulaim... :-)

Tiada ulasan: