Sabtu, 10 Julai 2010

:: Family Eat Eat ::

assalamualaikum wrt....

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi atas limpah kurnianya & iradatnya. Berjumpa lagi di ruangan maya ini.

Kali ni saya nak berkongsi tentang "Family Eat Eat " kitorang yang telah selesai dilaksanakan pada 3 Julai 2010 yang lalu.

Antara delegasi yang hadir ialah Puak Temasik yang dihadiri oleh Mak ngah Nia, pak ngah atan, pak Uda Joe & family, Mak Long , Mak ngah dan beberapa lagi. Juga puak dari Jaybee iaitu Bro Fauzi & Sis Huda yang datang bersama Alza baru nya...puak dari Milaka adalah ayah & muizz, turut serta dari Balakung iaitu Bro Bakri & Sis Anis, dan terakhir sekali puak dari shah Alim iaitu kak yan, abg amer, Aqi & Haq....dan sudah tentu juga delegasi dari setia wangsa :-)

alhamdulillah, acara bermula dari jam 9.00mlm hingga jam 11.00mlm, kami singgah makan-makan di Restoran Tepi NPE. Boleh tahan lah makanannya, tapi lambat ckit dia sampai, satay pun sedap, tapi kuah lambat sgt sampai. Program kami turut diserikan lagi dengan perlawanan FIFA antara German & Argentina ( germen menang 2-1)...

Acara dimulakan dengan bacaan Doa oleh Bro Fauzi, kemudian ucapan oleh Wakil yang dirai iaitu Sis Anis. Kemudian acara makan2 sampai terlentok dan akhir sekali potong kek. Actually acara ini bersempena dengan ....

- Birthday Mami : 1 Julai
- Birthday Anis : 26 Jun
- Birthday Sodd : ....berapa eh...haha

Alhamdulillah, acara ini turut diserikan lagi dengan percikan sang bunga api yang tidak dijangka & unsungkareble....

jazakallahu khairan kathira kepada ayah yang telah sudi mmbelanja kami satu family...rasanya ratus-ratus jugalah makan malam tu...huhu...

Ok lah ...tu sahaja...

Moga UkHWAH yang berkekalan akan terus menjadi TERAS KEGEMILANGAN....

i Love My Family.....

Tiada ulasan: