assalamulaikum wrt.
setelah kian lama menyepi, akhirnya blog ini menyinar kembali, kali ini saya ingin kongsikan harai-hari yang saya tempuhi hampie 2 bulan yang lalu. Ayuh kita susuri gambar-gambar ini.
1. XREK 2009 ( 23-25 Nov 09 )
XREK 2009 ini telah diadakan di Kem Impian Country Resort hulu langat, alhamdulillah seramai 130 peserta telah mendaftar, dari seluruh negara Malaysia, kecuali sabah & sarawak, juga kelantan yg dilanda musibah ketika dalam perjalanan. Ketika ini, saya diserang alergic, gatal-atal, kepanasan, kulit kering...merana di Kem selama 3 hari.
2. PPNWN 2009 ( 4-6 Dis 09 )
pada 4-6 Dis 09, saya ke kuala kangsar pula untuk menghadiri Perhimpunan Perwakilan Nasional JIM 2009, oleh kerana saya juga Staff JIM Pusat, maka menjadi kewajipan untuk saya hadir as Staff & juga perwakilan JIM Kuala Lumpur ( baru dilantik sebagai Ajk JIM KL ). pada PPN 2009 juga terlakar sejarah apabila JKPRB telah mengadakan ANUGERAH QUDWAH REMAJA ( AQR 09 ). Saya telah dipilih untuk mengumumkan AQR 09 tersebut.



3. Walimah akhi Fauzi-Kak Huda ( 6 Dis 09 )
selepas mengumumkan AQR, saya terus menumpang pakcik JUSNI untuk pulang ke KL, sebab pada 6 Dis 09, saya perlu hadiri walimah abg saya, akhi Fauzi ( ISMA Johor ), ini antara tuntutan yang perlu saya laksanakan.

4. Meniti Usia baligh ( MUB ) - 7 Dis 09
Pulang dari melaka, saya terus menghadap komputer untuk uruskan beberapa perkara penting untu program Meniti Usia Baligh di Menara TM pd 7 Dis 09. alhamdulillah, seramai 130 peserta telah menghadiri program MUB yang baru kami lancarkan ini. Tahniah buat KBM KL & KRJ KL atas bantuan antum.

5. KBM SSQ 5R ( 2 ) - 9 - 12 Dis 09
dua hari selepas MUB, saya mmbuat persiapan pula untuk proram cuti sekolah KBM SSQ 5R yang diadakan di ICR hulu langat, sekali lagi saya berkampung di Kem selama 4 hari 3 malam. Alahmdulillah, seramai 107 peserta telah bersama kami mengembara bersama pesawat KRJ.



6. XPERT 2009 - ( 17-20 Dis 09 )
selepas 4 hari berkampung di Ulu Langat, kini tiba pula saat XPERT 2009 di melaka, saya minta sodd ambil cuti dan ikut saya berprgram di Melaka, alhamdulillah seramai 80 peserta yang mendaftar dari seluruh Malaysia. Kami berprogram selma 4 hari 3 malam. Pastinya adik2 ini dapat merasakan kenangan bersama oghang melaka yang best best belaka...


7. PKN 09 ( 25 & 26 Dis 09 )
Seminggu sesudah XPERT berakhir, kini tiba pula PKN 09 iaitu Perhimpunan Karisma Nasional 2009, dan juga Himpunan Sambutan 10 tahun karisma. Alhamdulillah saya berkesempatan meluangkan masa selama 2 hari 1 malam bersama perwakilan & pemerhati serta alumni Karisma di PKN 09.


8. Follow KBM SSQ 5R ( 2 ) - 27 Dis 09
selepas PKN, saya dan eam KBM KL serta KRJ KL mmbuat persediaan pula untuk follow up KBM SSQ 5R, kami adakan di masjid muaz, alhamdulillah seramai 43 org yang hadir ( 40%) dari peserta yang hadir tempoh hari, dan mostly yang tak hadir adalah kerana dah balik kampung & dah ada plan lain...inshaAllah..mereka akan join next F/U program...

9. Walimah Farid Chef Wan & kak Asyah ( 2 jan 09 )
yang terbaru, saya menghadiri walimah sahabat saya akhi farid & kak aisyah di Klang, amboi2...akhirnya kawin juga kawan saya sorang ni :-)

10. Dhanny bakal jadi Tentera
just nak share, sahabat baik saya, dhanny bakal menjadi anggota tntera udara di bahagian undang2. tahniah dhanny, rambut pun dah botak tu :-)

ini gambar saya yang terakhir, IZZ dah masuk 10 bulan, sayang kat anak abi....be be be...itulah panggilan IZZ pada saya...org ajar ABI..dia sebut Be Be Be...hihi...

begitulah sedikit coretan tentang hidup saya hampir 2 bulan yang lalu.....
1 ulasan:
bestnyer blog ni dah menyinar kembali..(menyinar ke??gelap je..)
ada jugak gambar ummizz dlm last pic akhirnya..
Catat Ulasan