Ini dia gambar 1 syawal bersama sanak saudara di singapura, raya tahun ni kami di uji dgn 'Izz yang demam + Cirit Birit. Kasihan kat Izz, first time dia mraikan syawal, tapi terpaksa meraikan dalam keadaan tak sihat.
saya mohon maaf kepada semua, sebulan dua ini, kehidupan saya di penuhi dengan pelbagai program, bermula dari bulan ramadhan hingga ke hujung syawal. Sehingga memaksa saya memPAUSEkan sebentar aktiviti mengupdate blog. Sebagai ganti, saya uploadkan banyak2 gambar untuk post kali ini...silakan lah....
ini dia gambar, Abizz, Ummizz & 'Izz. walaupun demam & cirit birit, namun 'izz tetap ceria..sayang kat 'Izz :-)
ini pula gambar ketika beraya ke rumah ikhwah JIM di melaka, sempat ziarah akhi Kamarul, akhi zairi, akhi Azmi & busu di Melaka.
tidak lupa juga sanak saudara di Melaka, ni kira adik beradik sebelah ayah.
tidak lupa juga sahabat-sahabat zaman sekolah, sempat singgah rumah Aim di Kesang Melaka, kemudian ke rumah umar di PEtaling Jaya Selangor.
Raya ke Enam, sempat plan dengan mama & baba utk ke rumah cikgu Norlaila, dapat juga jumpa celebriti ISA ( pakcik mat sah ), saya harap ikhwah/at dapat terus beri moral support pada pakcik ni....ramai2 lah ziarah dia ye :-)
Orang sedang sibuk Raya ni, saya sempat buat satu lawatn & perjumpaan bersama YB Rodziah di SUK Selangor. Macam-macam yg kami kongsikan...
Bulan syawal ni juga, kami sempat menghantar sahabat2 kami yang akan melanjutkan pelanjaran di luar negeri. Mereka yang di atas & di bawah ini adalah fasi-fasi KBM.
Dua minggu lepas raya, saya sambung kerja saya dengan program kegemaran saya iaitu KBM, kali ini berKBM di Port Dickson plak...
lagi gambar semasa KBM di SM TEknik Port Dickson, maybe boleh rujuk " website KBM "
satu pengalaman baru, saya diminta utk memberi taklimat tentang bagaimana mahu menjadi FASILITATOR yang Cemerlang. Audiencenya adalah Student UIAM yang majoriti ambil ijazah Bimbingan & kaunseling :-)
dan yang terakhir adalah MAN 09, ini boleh buka blog MAN di website nya ( Click ).
begitulah serba sedikit coretan hidup saya sebulan dua ni, sekarang sambung semula usaha-usaha kemasyarakatan & pembinaan ummah inshaAllah. Doakan saya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan