Ahad, 4 Januari 2009

::: Geram !! Geram!! Geram!! ::: Tahun 2009 yang menggeramkan...

GERAM!! GERAM!! GERAM!!...awal tahun 2009 ni, ada 2 perkara yang saya GERAMkan...yang pertama pasal Serangan di Gaza & kedua pasal task Force di KLCC...

-- SERangan KeBinatangan di Gaza --

Itulah hakikat yang tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun seperti yang di nayatakan oleh Menteri luar Syria, Walid Muallim dalam mensyuarat Menteri-Menteri Luar Arab di Kaherah baru-baru ini.

Hakikatnya,

1) Umat Islam Paletin di Gaza khususnya yang ditimpa penyakit kronik tidak dapat keluar daripada Gaza bagi mendapatkan rawatan kerana larangan daripada pihak Israel.

2) Sumber kesihatan Palestin mengesahkan angka bilangan kematian yang tercatat sepanjang kepungan yang dibuat oleh Israel seramai 261 orang termasuk seorang wanita yang berumur 34 tahun. Doktor Mu’awiyah Husnain berkata “termasuk yang syahid setakat ini ialah seorang wanita yang bernama Karimah Zuhair Abu Dallal, ibu kepada lima orang anak”. Penyakit yang dihidapinya sepatutnya dapat dirawat di hospital luar Gaza. Akan tetapi dek kepungan ini beliau tidak dibenarkan untuk mendapatkan rawatan sehinggalah beliau mati.

3) Kementerian kesihatan Palestin menyatakan bahawa hospital terbesar yang terdapat di Gaza berhadapan dengan masalah kehabisan gas memasak, keadaan ini amat menyukarkan kerana mereka sepatutnya menyediakan hampir 1500 makanan setiap hari kepada para pesakit. Lebih menyulitkan keadaan apabila gas yang sama sepatutnya digunakan juga untuk proses pengeringan tuala dalam proses pembedahan. Oleh yang demikian kementerian tersebut menyeru negara arab dan Islam menyuarakan isu ini ke peringkat antarabangsa.

4) Lebih memalukan umat Islam apabila sebuah akhbar berbahasa Arab bertarikh 20/11/2008 telah melaporkan Majlis Kesatuan Ekonomi Arab di bawah Liga Arab membelanjakan 50 juta dolar untuk projek membela Penyu laut, sedang umat Islam di Gaza dikepung dan dihimpit kesusahan serta penderitaan, mereka sebok dengan projek yang tidak menguntungkan ini. Muhammad Abdul Fudhail Syusyah, gabenor timur Sina menyifatkan “inilah projek pertama yang sepertinya di Mesir”. Adakah penyu laut lebih berharga daripada nyawa saudara mereka di Gaza ? .

5) Akibat daripada kepungan ini, bekalan makanan juga semakin berkurangan. Satu laporan menyebut bahawa mereka yang menduduki Gaza kini terpaksa mengambil tepung yang pada asalnya adalah dijadikan makanan kepada burung-burung, kini ianya dijadikan makanan kepada sebahagian penduduk Gaza yang kekurangan bekalan.

6) Bantuan daripada luar juga tidak dibenarkan masuk untuk disalurkan kepada masyarakat dan penduduk Gaza.

7) Bekalan elektrik juga terputus akibat daripada kepungan ini, bermakna mereka kini berada dalam keadaan bergelap pada waktu malam.

Justeru itu, ayuh ikhwah/at sekalian, teruskan berdoa utk sahabat2 kita ini.

--- Task Force Yang Menggeramkan ---

4.00pm ( 31 Dec 08 )

Dalam perjalanan ke Masjid KLCC, seperti yang dijanjikan bersama dgn penganjur, kami diminta utk berkumpul di masjid jam 5.00pm. Tatkala tiba di masjid KLCC, kelihatan remaja2 telah mula ramai turun ke KLCC.

5.00pm ( 31 Dec 08 )

Kelihatan beberapa ikhwah /at telah menampakkan dirinya, termasuk pengarah prgm iaitu akh DINI, kami mengambil keputusan utk menunggu sehingga 20-30 orang peserta dahulu, kemudian baru proceed.

6.00pm ( 31 Dec 08 )

Taklimat ttg TASK FORCE diberikan oleh akh DINI, disebabkan ada jugak ikhwah yg agak UMUM, so kena details ckit Taklimat kali ni. kemudian kami diminta utk mencari makan malam ( self sponsor ) di kedai2 sekitar KLCC.

7.45pm ( 31 Dec 08 )

lebih kurang 8 kumpulan ikhwah & 5 kumpulan akhwat telah mula beroperasi, bergerak ke kawasan taman dan sebagainya. Ana turut bergerak ke sana bersama Yasser ( anak akhi zulkifli ), Luqman, akmal & Najmi. Kami di antara kumpulan yg terakhir keluar dari masjid KLCC, sasaran pertama kami ialah Mat-Mat yang lepak di Pondok ( Betul2 dekat dgn masjid KLCC tu ), kami edarkan Risalah di situ...sempat ana kata pada mereka " ini kira Ole-Ole tahun baru...bang "....

kemudian terus kami susuri lorong demi lorong, nampaknya adik2 KRJ yg bersama ana Yasser, Luqman & Akmal lebih agresif, lebih berani & lebih keterhadapan..( dalam hati ana, inilah hasil dari XREK, XPERT & LEaders agaknya )...perjalanan diteruskan sehingga kami sampai di satu kawasan di mana remaja agak ramai, kami terus edarkan risalah....ada juga yg memerli kami " ha! kau baca tu...Jom jadi orang Soleh....dah jom! jom! balik rumah....dgr cakap mak bapak...." kami senyum aje dgr diorang Perli kami..pada ana..atleast diorang baca jugak risalah tu...di kawasan itu juga ana terlihat satu kumpulan ikhwah yg sedang di HALAU & di minta berSURAI.... " Dekat sini tak boleh edar risalah2 ni adik...."

oleh kerana ana melihat di kalangan group ikhwah tu ramai yg baru2 dalam bidag ni, ana terus berlari ke arah mereka dan cuba slow talk dgn pak guard tu, tapi ana tak berjaya, dan ana rasa tak sesuai utk ana slow talk time tu, sebab di kawasan tu ramai sgt remaja2, dan akibatnya Group kami pun di halau ....( ayat pak guard tu...abg cakap baik2 ni adik...baik korang bersurai...jgn edar risalah di sini )...

kami terus berjalan mengikut laluan yg pak guard tu minta, sambil2 berjalan tu Yasser, luqman & aklmal tak henti2 edar risalah ....dalam hati ana,....lawak giler budak2 ni..depan pak guard tu pun korang edar jugak...bila sampai kawasan yg agak sunyi, ana ambil kesempatan utk sembang ckit dgn pak guard tu, ana slow talk dgn dia...ana bgtaw kami cuma nak edar risalah dakwah ni, nak cegah maksiat kat taman ni bang...tu aje...bukan kami edar risalah iklan...kemudian abg tu menjawab " yer...abg tau adik..korang nak Cegah maksiat..tapi mmg tak boleh buat apa2, korang kalau nak edar jugak, korang edar di luar kawasan KLCC yer dan taman2 nya.."

sebelum beredar, sempat kami bagi risalah2 tu kat pak guard tu....hehe...

kemudian kami tukar stratergi, kami plan nak tunggu di depan jalan ampang, dalam perjalanan, kami di tahan pula dgn 3 orang pegawai POLIS. Seorang berpakaian UNIFORM & 2 orang lagi berpakaian T-Shirt biasa....soalan2 yg mula2 diorang tanya kami ialah, " Korang dari mana ni ? "....dgn Tegas & Benar ana menjawab " kami dari JIM "... lepas tu mereka menyatakan yg kami tidak dibenarkan utk mengedar risalah2 ni di sini....kemudian ana terangkan pada Polis2 tu... " takkan tak boleh bang....kami cuma berikan perkara2 asas aje utk remaja ni...nak jak diorang jadi anak yg soleh aje..." kemudian ana serahkan Risalah yg agak friendly tu pada Polis2 yang ada....diorang belek2 ayat2 yang ada...then diorang kata...

" ok...korang boleh edar di kawasan JALAN AMPANG sahaja.."...hmm....kecewa sungguh ana masa tu...nak cegah maksiat pun kena halang..

then kami ke jalan ampang, tengah edar2 di kawasan tu, ( actually kami confuse, di mana sempadan jalan ampang dgn KLCC ), so tgah syok2 edar risalah, datang lagi seorang pak guard, dia naik motor lagi, belakang dia ada sebuah kereta peronda polis WAJA, ( stanby la kot )....pak guard minta kami hentikan edaran serta merta....hmmm...

kami berpandangan satu sama lain, ana tengok wajah Group2 ana ni mmg sentiasa bersemangat nak edar jugak, tapi nak jaga kemaslahatan punya pasal, ana buat keputusan kita STOP dulu, kemudian kita balik Masjid, jam pun dah pukul 8.30pm masa tu...dan ana arahkan semua masukkan Risalah dalam POKET, supaya dioarang tak nampak...sepanjang perjalanan tu kami asyik diperhatikan oleh polis & pak guard....huhu...

sambil jalan sambil kami seluk POKET dan edar risalah kat mana2 tempat yg sesuai...huhu...best giler masa tu...

8.45pm ( 31 Dec 08 )

kami stop kejap dan solat isya' & solat hajat. Kemudian kami berkumpul di sebelah atas masjid ( sebelah kiri dewan ), ana dan akh DINI berbincang,lkami melihat, suasana tahun ni agak berbeza dgn yang lepas, tiada Konsert Besar di KLCC, maka mungkin tidak ramai pengunjung di sini, dengar cerita, Konsert Besar akan diadakan di dataran Merdeka.... So kami plan utk tukar stratergi pogram malam tu, kami cadangkan utk ajak sebahagian dari team yang ada ke dataran Merdeka, dan akhirnya lebih dari Setengah Team yg setuju utk ke Dataran merdeka...dalam masa yg sama, ana terpaksa mengundur diri, terpaksa pulang ke Setiawangsa ( balik rumah ), sebab nak kejar bas utk ke sungai petani malam ni ( bas jam 12.00am di Hentian Pudu. So ana pun pulang pada jam 9.15 pm....

semasa dalam perjalanan nak ke stesen putra KLCC...ana terlihat manusia Berpusu-pusu berjalan menghala ke KLCC dan sekitarnya...masa tu terus ana call DINI, dan minta dia tukar balik plan, dan minta ikhwah/at utk stay di KLCC sahaja, tak perlu ke dataran Merdeka. Sempat juga ana merakam beberapa Scene & gambar menarik sepanjang perjalanan pulang tu...

sekian dahulu cerita ceriti dari ana....

actually, yang ana geramkan ialah apabila tak dibenarkan mengedar risalah di situ, tetapi dibenarkan utk BERPELUK, BERCIUM & BERMAKSIAT di situ...silakan...silakan...GERAM!!! GERAM!!! GERAM!!!

1 ulasan:

SHAHIDAN SAAID berkata...

kami di penang tak edar risalah...tapi kami gunakan pendekatan dakwah...bila ditanya kenapa kami datang ? jawapan kami untuk ziarah adik2 mlm tahun baru...tanya khabar iman..selalunya kita sembang bab solat dan jaga hati...sekadar perkongsian dari insan yg kerdil..