Selasa, 20 Januari 2009

...::: Gerak Gempur Gaza ( 3G ) '09 :::...

salam....

alhamdulillah, sepanjang hampir 2 minggu lepas saya telah berpeluang utk memberi talk Palestine di 2 buah sekolah & sebuah institusi. Saya merasa amat berbesar hati apabila diberi peluang ini, rasa bersyukur sangat!! macam tak percaya pun ada bila org macam saya pun boleh terpilih. so saya manfaatkan segala anugerah yg Allah kurniakan.

3G di SMK Bangsar

alhamdulillah, saya memulakan siri ceramah palestin di SMK Bangsar untuk pelajar2 Tingkatan 1, so utk Talk Pertama ni saya boleh naikkan Self-Esteem saya dengan memberi talk pada budak2 yang barangkali dgr perkataan ISRAEL pun tak tahu apa. So banyak lah yg kena bgtaw..apa itu ISRAEL..apa itu HAMAS dan sebagainya...

ni dia adik2 Tingkatan 1 yang kadang-kadang SERONOK..kadang-kadang Sedih...saya doakan agar kefahaman adik-adik ini ttg palestin ni terus bersemadi.

3G- STRIDE

Seminggu selepas itu, yakni pada 19 Jan 09, tepat jam 9.30am, saya diberi amanah utk mmberi Talk Palestine kepada Staff STRIDE yakni Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan. Ni kira nak kna bagi Talk depan pegawai-pegawai ni..huhu..mncabar jugak ni...dan bila dipanggil oleh pengerusi, semua macam agak terkejut bila tgok org Muda macam saya yang akan bagi Talk kepada pegawai2, ketua2 jabatan, & ketua Pengarah ( datuk ). tapi saya doa minta Allah permudahkan urusan saya.

alhamdulilah, saya berjaya buat yg terbaik, dan ketika Ketua Pengarah berucap, dia terpaksa menahan sebak, melihat kejadian, kekejaman & kehancuran yg berlaku..

saranan ketua Pengarah kepada staff2 STRIDE...

" sekarang saya minta kita keluarkan semua wang yang ada di dalam POKET & Wallet dan masukkan ke dalam Tabung Gaza , takpe biar kita berlapar pada hari ini..... "

sempat juga saya berseloroh, nampaknya STRIDE kena buat satu Senjata yang boleh musnahkan ISRAEL dari Malaysia sahaja. hehe....gelak semua orang....

3G- SMKA Maahad hamidiah

pada sebelah petang hari yg sama, saya berceramah ke SMKA Maahad hamidiah Kajang, kali ni saya kena bagi Talk Pada adik2 yg mmg dah biasa dgr pasal palestine, even tahun lepas diorang buat Malam Palestine!!!!!! wa!!!!!!

saya memulakan dgn meminta peserta memperbetulkan niat2 di hati masing2...

kemudian mmberi kata2 semangat kepada mereka...

lihat, betapa ramainya mereka, menurut cikgu Sekolah, ini merupakan JUMLAH TERAMAI yang pernah dewan ini terima, maknanya!! Talk palestine saya ni catat rekod jumlah pelajar yg dtg ke prgm Sekolah....wa!!!!!!!!!

sehingga ada yang terpaksa berdiri ke Luar...

kemudian kami berdoa beramai-ramai...

hanya ini yang mampu kami berikan kepada mu wahai shabatku di palestine...

kemudian, saya tutup dgn Slogan dan di ikuti beramai2...

" UP! UP! Palestine!!!!!!!!!!! "

Down! Down! Israel!!!

alhamdulillah, akhirnya saya berjaya juga menyampaikan Talk tersebut....

3 ulasan:

Ahmad bin Ariffin berkata...

terenya abg bai! nanti balik mad nak join la pegi mana2..menyorok kat blkg2 pun takpe..hihi.

Bee Family berkata...

salam..

ahmad...

ok aje...jom! jom!

balik mesia...turun KL ye....

Tanpa Nama berkata...

Tahniah bai, teruskan usaha.. doakan kakya juga satu hari nanti berjaya juga bagi talk dpn org ramai..:)