Selasa, 12 Ogos 2008

Hakim Bakal Ke US...

Terima SMS

assalamualikum wrt....


hari khamis lepas ( 7 ogos 08 ), saya menerima satu SMS dari seorang sahabat, sms nya ringkas sahaja, " anda dijemput hadir ke jamuan ringkas di rumah saya malam ini "...


hmmm..agak terkejut jugak bila terima undangan tu, atas dasar sahabat dan mmg kewajipan kita untuk hadir bila dapat jemputan yg sebegini, kebetulan saya mmg agak free malam tu, so saya pun setuju utk hadir, dan saya ajak my brother hafizul amin sekali...


masa terus berlalu, jam 4pm, dapat pulak SMS dari isteri tersayang...Sms berbunyi " kak ya ajak gi rumah mak andak malam ni, since kita pun tak sempat ziarah mak andak masa dia masuk hospital bulan lepas,"....hmm...betul jugak yer..saya pun reply " Ok "...dalam masa yg sama dah terfikir kan jemputan di rumah hakim...tapi bila fkir ttg prioritas nya, penting lagi ke rumah mak andak, ialah, melawat orang yang baru keluar dari rumah sakit kan...


so malam tu, dalam hujan renyai2, saya sesat sekali lagi nak menuju ke rumah hakim, kami plan nak singgah sekejap, sekadar memenuhi jemputan hakim, dan alhamdulillah sempat jumpa hakim dan ambil beberapa gambar bersamanya...

gambar ini di ambil pada malam majlis jamuan makan tu...dari kiri : hafizul amin, hakim, & hafiz bai ( 3 H )....

seusai bergambar dan bertanya beberapa soalan yang relevan, saya ditapau dengan 4 biji kuih dan sepotong kek coklat, ( macam tau-tau aje yg saya tgah lapaq masa tu ).

semasa sesi soal jawab malam tu, hakim menyatakan yg dia akan bertolak ke US pada 18 ogos 2008, dia akan sambung deegree nya di US, tak pasti pulak Universiti mana, yang pastinya bukan UTM ataupun USM la yer...hihi...


Hakim & Perkenalan....

bila kenang-kenag kembali, dah hampir 2 tahun saya mengenali hakim, firts time jumpa masa prgm Supercamp di JB, bila kami berumah bersama, kemudian ditakdirkan kami bersama sekali lagi utk ke prgm KONTARN di melaka pada tahun 2006. Masa tu mula kenal hakim dgn seriusnya, bergelak bersama dan macam2 lagi. kemudian jumpa hakim lagi kat prgm KBM di TIJB pada tahun 2006, dan macam2 lagi prgm yang telah mempertemukan saya dgn hakim...
termasuk muzakarah IPT Nasional 2007 di UIAM gombak awal 2007.

Gambar bersama Hakim di Muzakarah Ipt Nasional di UIAM gombak : hakim berada di tengah2, posing maut tu....

ada seperkara lagi yg menarik pasal budak hakim ni ialah, dia ni budak nasyid jugak tau, dan kalau nak tengok bakat dia bernasyid, boleh search di youtube, guna link yang saya letak kat bawah ni...best giler!!!!

( link youtube hakim bernasyid : http://www.youtube.com/watch?v=opoAktBjuvQ )

hari demia hari..masa terus berlalu, dan hujung minggu ni hakim akan berangkat ke US, di doakan agar hakim terus thabat dalam jalan ini, terus bersama dgn sahabat2 di US, terus berdakwah bersahabat2 di US....

wallahu 'alam.....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wah,macam 'kenai' je.Salamun alaikum ya ayyuhai ikhwah!Semua akh ni pernah jadi fesi KBM 08' di Alamin Gombak bukan?Rahmat Allah atas kalian.