Isnin, 4 Ogos 2008

assalamualikum wrt....

sekadar nak berkongsi, 2 minggu yg lepas, dapat panggilan dari seorang YB, nama nya Saari Sungip, beliau minta saya buat satu persembahan, saya tanya persembahan apa?
dia kata satu nyanyian dan satu persembahan yg boleh buat orang menagis...

hah!!! nak buat orang menangis, mana lah saya reti, dalam prgm KBM pun bukan kami minta peserta semua menangis, kami tak pnah sebut pun...ok sekarang ni semua peserta KBM mesti menangis...huhu...

tapi..disebabkan saya dgn YB ni ada bau2 bacang keluarga, dan dia juga yg bagi khutbah ) tazkirah ) semasa majlis pernikahan saya, so saya setuju dgn permintaan nya...

so..malam tu, ( 2 Ogos 2008 ), saya buat satu nyanyian sempena MALAM SENI " TANPA BICARA " dengan lagu bertajuk " tahan Tanpa Bicara "....huhu...2 hari saya practice dgn isteri di rumah...kemudian..saya baca pula satu surat yg diberi tajuk " warkah anak tahan tanpa bicara "...

berikut saya sertakan apa yang terkandung di dalam warkah tersebut.....

Warkah Anak Tahan Tanpa Bicara

Ayah,

Pengalaman perit masih lagi menghantuiku dan segar dalam ingatan…

Masa tu kita baru sahaja selesai makan malam di rumah

Ibu masak lauk kegemaran ayah

Ayam masak lemak….

Ayah hirup kuah hingga menjilat jari…

Tiba-tiba ada orang ketuk pintu

Bila buka pintu, ada beberapa orang polis berpakaian biasa

Katanya nak jumpa ayah…

Along lihat ayah dan ibu tengah bersembang-sembang dengan polis

Tetapi selepas itu, polis terus bawa ayah pergi…

Tak pulang sehingga kini…

Tujuh tahun berlalu,

Ayah masih tak kembali…

Kenapa mereka ambil ayah?

Kami masih belum tahu…

Mereka pun tiada bukti..

Ayah tak bersalah…

Ayah tak bersalah…

Ayah tahu tak…

adik semasa baru berumur 4 tahun,

Selalu tanya along dan ibu…

ayah mana?

bila ayah nak balik?...

mula-mula ibu dan along jadi bingung dibuatnya…

tak tahu apa nak jawab kepada adik

kadang-kadang merah mata ibu

terkedu dengan soalan adik

tapi kami sama-sama pakat…

jawab ayah balik satu haribulan…

tapi satu haribulan berapa? bila?

kami pun tak tahu….

tapi sekarang adik sudah beasar

10 tahun umurnya

Selama tujuh tahun membesar

Tanpa belaian seorang ayah…

Namun ayah,

adik membesar sebagai seorang anak pejuang

Ibu Berjaya mendidiknya dengan baik…

Ayah,

Masa mula-mula ayah kena tangkap

Masa tu along baru berumur lapan tahun…

Adik pula baru berumur tiga tahun…

Ibu kata masa, mula-mula ayah ditangkap…

Along jadi pendiam..taknak cakap dengan orang…

tak ceria… padahal along suka buat lawak…

Lepas tu along pasang tv kuat2….

sepahkan buku, koyakkan buku tulis…

Along selalu tak nak buat kerja sekolah…

Along juga selalu menangis bila hendak tidur….

Ibu tahu… along amat tertekan dan rindu kepada ayah…

Yelah, ayah rapat dengan along…

Selalu kongsi cerita dan bermain bersama along…

Along kan anak kesayang, buah hati ayah?...

Kasihan ibu…

Ibu lagi tertekan dengan karenah along…

Ibu cerita kat along…

Pada satu hari,

waktu tu umur along baru Sembilan tahun…

Along lapar minta ibu buat roti telur…

Along menangis terjerit-jerit dan terpecahkan pinggan…

Habis makanan berselerak di atas meja..

Mula-mula ibu sabar,

tapi along nangis lagi kuat…

Ibu dah hilang sabar…

terus capai sebatang penyangkut baju…

Hendak memukul along…

Along lari…

Along nangis lagi kuat…

Along taknak kena pukul…

Tapi Ibu terus kejar nak pukul along…

along terus ambil gambar ayah atas meja…

Along menangis teresak-esak ketakutan….

Ayah,

along kesian tengok ibu….

Along tahu…Ibu rindu sangat pada ayah…

Ibu tak pernah menangis depan kami,

Tapi along tahu ibu selalu menangis sorang-sorang dalam bilik…

Ibu tak nak tengok kami menangis….

Kerana ibu tak nak kami lagi sedih

Ayah,

Ibu buat semuanya….

ibu hantar kami ke sekolah….

Ibu bekalkan kami duit pergi ke sekolah…

Ibu baiki paip yang rosak di rumah…

Ibu bayar bil rumah, bil letrik,

Ibu pujuk kami bila kami sedih…..

Ibu tenangkan adik bila adik nangis…..

Tapi bila ibu menangis, siapa yang boleh tenangkan ibu?

Hanya Allah sahaja tempat mengadu…

ISA memang sangat zalim!

Meragut kasih sayang….penuh dengan kejahatan…

ayah

Masa genap ayah ditahan dua tahun,

Ibu kata ayah mungkin bebas tak lama lagi…

Masa tu umur along 11 tahun…

masa ayah kemungkinan bebas,

Along beli yong tau fu…

Makanan kegemaran ayah

Along nak kongsi dengan ayah bila balik nanti…

Tapi bila tunggu2… ayah tak juga pulang….

Ibu kata ayah ditahan lagi dua tahun…

Bila ditanya kenapa?

mata ibu merah lagi….

Apa salah ayah?

Ayah ditahan tanpa bicara dan tanpa kesalahan…

Ayah diambil dari kami… sudah tujuh tahun!

Along benci ISA!

Ayah,

Kini along semakin membesar…

Along kena tabah…

Tidak boleh bersedih lagi….

Along ingat pesan ayah…

Along mesti jaga ibu….

Along mesti berjuang hapuskan kezaliman….

Along akan ajak kawan2 along…

Berjuang dan menyedarkan masyarakat…

Betapa zalimnya ISA…

Kerana… along dilahirkan,

sebagai anak seorang pejuang….

Mari bersama wahai rakan2, wahai rakyat Malaysia!

Hapuskan kezaliman,

tegakkan keadilan!

Mari bersama GMI,

berjuang dalam usaha memansuhkan ISA…

Hasil Nukilan: Nahdia Ariffin..

Hulu Kelang,

30 Julai, 2008

(sempena Malam Seni Tanpa Bicara sempena 48 tahun kezaliman ISA)

8 ulasan:

[ Nazihah ] berkata...

Perghhh sedih sungguh..sungguh menguris jiwa..baru baca, belum dengar ia dibacakan..huhu..

TerhapusLah segera kezaliman kebinatangan ini[binatang pun benci mereka dikait dengan kezaliman sedang binatang pun lebih berperikemanusiaan] Semoga jiwa-jiwa terzalimi itu terus kuat dan tabah..Sungguh, doa mereka terus sampai pada tuhan tanpa halangan..

* kecewa & sedih sambil dengar lagu dimanakah abi *

[ Nazihah ] berkata...

Pak Hassan kata dalam buku madrasah hassan al-banna " Penjara adalah medan tarbiyah ikhwan, jika seorang ditahan, akan lahir 10 RIJAL pejuang, jika seorang terbunuh, akan lahir 100 singa perkasa "

Wahai pemerintahku, terusLah tahan AYAH-AYAH saya, kelak kalian akan terlihat nanti SINGA-SINGA ini mengunyah setiap inci kehidupan kalian..

pharie berkata...

i saw you that night.
u were great out there.
seriusly ingt bro bebetul nangis.
ke mmg nangis?

again.it was great a performance!

=)

Zaid berkata...

masya Allah, ana sendiri hampir menangis membacanya. jazakallah akhi kerana berkongsi. moga Allah melindungi mereka yg dizalimi dan membalas mereka yg zalim dgn seteruk2 balasan.

Haji Hafizan berkata...

"Ad-dahru terus menyusuri bersama puing-puing kenangan di helaian diari kehidupan..."

"Ad-dahru telah dibasahi titisan derita jiwa-jiwa itu.."

"Ad-dahru menyaksikan lelaki itu merangkak kepayahan.."

"Ad-dahru memeluk erat keperitan penuh kasih sayang ibu tabah itu.."

"Ad-dahru menyangga jendela menanti fajar terhapus makar itu..."

"fajar yang semakin hampir..."

"mekarlah jiwa2 yang menderita itu..."

...doaku buat semua tahanan ISA...

utrujah berkata...

uishh..dahsyat2..dh lme x dgr abg bai bc sajak. barakallah..

uishh..lg x sangka k ya yg tulis sajak nih..dahsyat2..barakillah

allahummanshuril islama wa muslimin fi kulli makan wa zaman

HambaAllah Yang Memakmurkan berkata...

teruskan perjuangan dalam menyokong kebenaran!! Allahuakbar!!

A for ANA berkata...

abg bai..ade yg menangis x?