Rabu, 12 September 2007

AYUH SEMARAKKAN RAMADHAN....

Assalamualikum wrt...

Apa khabar semua sahabat-sahabat yang ada di luar sana, semoga keaadan anda semua di bawah lembayung rahmat Allah azza wa jalla.

Alhamdulillah, Sedar tidak sedar kita telah tiba kembali ke Bulan ramadhan yang mulia ini, Celik tak celik kita dah tiba semula ke bulan Allah swt.

Bersempena dengan kedatangan bulan yang mulia ini, suka saya utk berkongsi sedikit tips2 yang boleh kita amalkan bersama bagi menjadikan “ Ramadhan kali ini Better Than Before “...


RAMADHAN KALI INI BETTER THAN BEFORE


Bagi merealisasikan pernyataan di atas, jom kita tengok apa amaln-amalan yang boleh kita lakukan bersama-sama bagi menajdikan ramadhan kali ini lebih Urmp!! Dari yang lepas...hihi...

  1. Berpuasa mengikut Ketetapan yang telah di tetapkan oleh Fiqh.
  2. Solat Terawih di masjid. Hayati bacaan semasa solat Terawih.
  3. Solat Fardhu lima waktu berjemaah di Masjid / surau.
  4. Membaca Al-Quran, letakkan target 1 Juzuk bagi Bulan ramadhan ini, cukup lah sekadar 2 helai setiap kali kita solat fardhu, I.Allah kita mampu utk khatam 1 juzuk pada bulan ramadhan ni...
  5. Jangan lupa bangun sahur, kalau boleh bangun lambat-lambat sedikit.
  6. Amalkan berQiam selepas/sebelum Bersahur.
  7. Pastikan anda ke surau/masjid utk menunaikan solat subuh selepas bersahur.
  8. Jangan Tidur Semula selepas bersahur.
  9. Amalkan Tidur 10 minit sebelum Zohor.
  10. Janagn membazir semasa berbuka, Sentiasa bertukar-tukar juadah dgn jiran tetangga.

Dan banyak lagi tips-tips yang bakal saya kongsikan dalam entry yang akan datang...inshaAllah...

SEMARAKKAN RAMADHAN DGN 3R...( Remaja Raikan Ramadhan )

InshaAllah, pada bulan ramadhan ini KRJ Innovation akan melaksanaka beberapa program 3R ( remaja Raikan Ramadhan ) di beberapa buah Sekolah dan masjid.

Dia ntaranya ialah :

  1. MRSM Pontian untuk Ting 3 & 5
  2. SMKA JB Untuk Semua Pelajar Asrama.
  3. SM Teknik JB Untuk Semua Pelajar Asrama
  4. SMK Desa Cemerlang ( Follow-up 2 )
  5. Masjid Taman Megah Ria
  6. Masjid Taman Universiti.
  7. Masjid BBU ( Pelajar Sekolah Tun Fatimah )
  8. Kompleks Anak-anak yatim Darul Hanan.

Dan beberapa tempat lagi yang belum sempat disenarai pendekkan...

Doakan semoga KRJ dapat melaksanakan nya dgn sebaiknya...amin...

Sebagai Penutup bagi entry kali ini...

Suka saya utk sentiasa mengingatkan diri saya dan sahabat2 seperjuangan yang lain...

Agar senantiasa mendekatkan diri kepada Allah swt...

Bai : Ya Allah jadikan lah Ramadhan kali ini lebih bermakna dari sebelum nya...

Tiada ulasan: