Ahad, 2 September 2007



Assalamualikum wrt...

Wah!!! Lama nya tak update blog ni...

Almaklumlah...sejak dua menjak ni mmg agak sebuk dgn Program yang non-stop beb!!

Ni pun nasib baik ada la sedikit ruang utk saya share sedikit, beberapa program yang saya handle for the pass three months...

PROGRAM KRJ : NON-Stop BEB...

Ni dia..saya senaraikan program yang saya handle...

Memang tak dapat di sangkalkan lagi...Keputusan utk tidak mendaftarkan diri ke UniMAP pada Julai yang lepas, dan Keputusan Rayuan ke UTM yang tidak berjaya telah menaikkan semangat saya utk terus beramal bersama masyarakat di samping meningkat kan potensi rohani dan fizikal diri...Jom kita tengok program2 sepanjang 3 bulan lepas yer...

  1. Back To Nature ( 8-10 Jun 2007 )
  2. KBM SMKA Form 5 ( 16 & 17 Jun 2007 )
  3. KBM SMK Sri Perhentian ( 23 Jun 2007 – Pagi )
  4. KBM MRSM Pontian Form 3 ( 23 & 24 Jun 2007 )
  5. PUM MRSM Seluruh Malaysia ( 29 Jun – 1 Julai 2007 )
  6. MUFI – Karisma di KL ( 7 Ogos 2007 )
  7. KBM SMK Desa Cemerlang ( 14 & 15 Ogos 2007 )
  8. KEMWI Kri di Hulu Langat ( 21 & 22 Ogos 2007 )
  9. KBM SM Teknik JB ( 28 & 29 Ogos 2007 )
  10. KBM MRSM Pontian Form 5 ( 4 & 5 Ogos 2007 )
  11. KBM di SMK Rengit ( 11 Ogos 2007 – pagi )
  12. KEMWI Kri di JB ( 11 & 12 Ogos 2007 )
  13. KEPIMPINAN MRSM Pasir Salak ( 18 & 19 Ogos 2007 )
  14. MAD JIM JB ( 25 Ogos 2007 )
  15. Reunion KEMWI ( 26 Ogos 2007 )
  16. KBM SM Teknik Jasin ( 31 Ogos – 1 Sept 2007 )

Ha!! Ini lah dia program yang saya jalankan sepanjang 3 bulan lepas...

Sebagai panduan anda semua...saya ceritakan sedikit pasal prgm2 saya...

KBM – Keindahan Bersama Mu

Program KBM ni program Khas yang kami develope utk remaja. Program yang menekankan aspek SQ ( spritual ) ini akan menyentuh ttg beberapa perkara, iaitu :

  1. Menyentuh Hubungan antara Kita dgn Allah
  2. Menyentuh Hubungan antara kita dgn Rasulullah & para sahabat.
  3. Menyentuh Hubungan antara kita dgn sahabat2
  4. Menyenth Hubungan kita dgn Ibu & ayah

Bagi mengetahui maklumat lanjut, jom join saya jadi fasi program, anda pasti tidak dapat melupakannya...

KEMWI ( Kem warga Industri )

Program ala2 KBM ini adalah khas utk mereka yang bekerja samada di sektor industri mahupun badan2 korporat. Tetapi kami lebih mengfokuskan kepada mereka yg bergelar, warga industri.

Nasi baik program kemwi ni dibuat 3 kali je setahun...kalau dibuat tiap2 minggu macam KBM...huhu..pening kepala jugak dibuat nya...

PUM MRSM Seluruh malaysia..

Program ini adalah Big-project KRJ Johor, kami diamanahkan utk melaksanakan program berbentuk Keusahawanan kepada Pelajar2 MRSM seluruh malaysia.

Objektif utama kami, ingin melahirkan Usahawan2 yang bertaqwa seperti abd rahman auf dan sebagainya...

Demikian lah serba sedikit cerita dan coretan dari saya.....

Bai : semakin banyak handle program..semakin rasa kurang nya diri ini..

Tiada ulasan: