Jumaat, 27 Julai 2007

Ulang Tahun Pertama Bersama KRJ team Johor....

Inilah dia Crew-crew KRJ Team Johor....
Ni plak...crew-crew tambahan KRJ Johor ( Team KRi )

wah!!! Vest abg bai tuh....ada nama lagi...hihi
oh! macam ni rupa belakang Vest dia....
haha!! jadi fasi KRJ Johor...kena lah rock Alim cikit....




ULANG TAHUN PERTAMA KU BERSAMA TEAM KRJ JOHOR

Alhamdulillah, tarikh 27 Julai 2007, maka genaplah setahun ulangtahun saya bersama Team KRJ Johor. Pelbagai pengalaman manis dan pahit yang saya perolehi bersama KRJJ...Bagi mereka yang pernah bersama KRJ Johor, pasti akan mengatakan perkara yang sama seperti saya katakan ini ” Kehidupan Bersama KRJ Johor bukan perkara biasa, tetapi ianya amat luar biasa ”..tidak hairan lah jika Abg Munawwar rasa seperti tidak mahu ke mesir utk further study kerana sayang utk meninggalkan KRJ johor...

GENAP SETAHUN SAYA MERASAI ” KEINDAHAN BERSAMA MU ”...

Alhamdulillah, hari ini juga genap setahun saya dapat merasai ” keindahan Bersama Mu ( KBM )” yakni sebuah modul teras KRJ Johor, dalam program KBM ini kami menceritakan tentang :

  1. Keindahan Bersama Allah swt.
  2. Keindahan Bersama Rasulullah saw.
  3. Keindahan Bersama Ibu & bapa tercinta.
  4. Keindahan bersama Guru yang terhormat.
  5. Keondahan Bersama Sahabat2 seperjuangan.

Sepanjang setahun ini juga saya telah mengendalikan hampir 14 buah program Keindahan Bersama Mu di sekitar Negeri Johor, serta 3 program Kepimpinan Khas dari KRJ Johor ( sehingga ke hari ini tak pernah miSS tau ). Apa yang mampu saya ungkapkan ialah, Bermula dari menjadi sekadar Fasi kumpulan, sehinggalah mampu untuk mengendalikan slot2 penting, saya amat merasakan bahawa KRJ Johor adalah platform terbaik utk saya mengasah skill2 Comunication saya, terutama apabila berhadapan dgn ramai orang.

GENAP SETAHUN BERSAMA OTAI-OTAI KRJ...JUGA PEWARIS...

Alhamdulillah juga, selain modul program nya yang Unik, apa yang istimewa dalam KRJ Johor ini adalah Otai-Otai yang merupakan AJK serta penasihat-penasihat utma KRJ Johor. Ketika bersama dengan otai-otai ini, saya merasakan seperti benar-benar berada bersama dalam satu keluarga walaupun baru mengenali mereka dalam masa setahun sahaja. Suka untuk saya menyatakan setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepoada otai-otai ini, mereka adalah :

  1. Pak Long ( YDP JIM JB – Hj Aminudin )
  2. Pak Lang ( Hj Mokri Sabran )
  3. Pak Uteh ( M. Hisham Jaafar )
  4. Pak Anjang ( Salleh B. Kassim )
  5. Pak Im ( Abd halim )
  6. Pak Tam ( Prof Dr. Razman )
  7. Abu Nuha ( CEO KRJ )
  8. Pak Ngah ( suhaimi )
  9. Pak De ( ariffin )
  10. Kak fidah ( Rafidah Mahat )
  11. Kak Ani ( Noraini )
  12. Kak Muss ( Musannafah Murtadha )
  13. Abg Yeop ( ’umayr Sayfurrahman )
  14. Abg Long ( Hanuar )
  15. Abg Farid ( Mohd fared Othman )

Selain dari Otai-otai KRJ, Terdapat juga Team PEWARIS yang bertindak selaku Fasilitator program KRJ, Kebanyakan ahli-ahli Pewaris adalah lepasan Sekolah Menengah Islam Hidayah ( SMIH ). Keindahan Bersama Otai-otai dan Pewaris-pewaris merupakan suatu pengalaman yang menakjubkan...Subhanallah..!!!

KRJ Johor : SUATU PENGALAMAN.

Alhamdulillah, Setahun bersama KRJ Johor telah memberi saya pelbagai Ilmu dan Pengalaman. Di antara nya ialah :

  1. Berupaya memiliki 6 orang anak buah di Sem Men Teknik JB. ( Farouk, Pak Lah, Ahmad, Amar, Auf dan Dini Martin )
  2. Berupaya mengendalikan slot-slot yang berbentuk muhasabah, selepas di trained oleh PAK LANG...jazakallahPAK LANG.
  3. dapat belajar bahasa jepun dgn PAK LONG...nandeska! sodesna! Haik san !!
  4. dah mula pandai melukis sejak kenal PAK IM( arkitek )
  5. dapat idea2 lawak baru dengan PAK ANJANG...
  6. Dapat ilmu bisiness dari PAK UTEH....usahawan berjaya nih!!!
  7. Dah mula menghargai alam sekitar setiap kali tumpang PAK TAM ke program..
  8. Memperolehi Skill Kepimpinan dari PAK NGAH!!!
  9. ABU NUHA mengajar saya Supaya sentiasa merasakan bahawa diri ini sesungguhnya mmg Tidak Hebat!! Tetapi Allah yang maha hebat!! ( anta Mmg Hebat AN...Gud Job!!! )
  10. Banyak belajar ttg Mood setting dan perkara2 baru dalam program melalui KAK FIDAH....!!!
  11. Dapat idea untuk hasilkan Buku2 modul yg cantik2 dan comel macam adik fathiyah dari KAK YATI....
  12. Dapat skill2 drive kereta ala2 Drift dari KAK ANI....huhu
  13. dapat inspirasi utk dapat bawak ramai lagi mad’u dari KAK MUSS...chaiyok KAK MUSS....
  14. Belajar ambil gambar yang terbaik dari ABG FARED...
  15. belajar senaman paling unik dari ABG YEOP!!!!

Dan pelbagai lagi pengalaman serta skill yang rasanya tidak perlu saya ungkapkan di sini...jika anda mahu merasakannya, ayuh bersama kami ” KRJ Team Johor ”....

KRJ JOHOT SENTIASA DI HATI...

Setelah setahun bersama, suka saya nyatakan bahawasanya KRJ johor sentiasa di hati walau di mana saya berada. Akhir kata dari, Semoga apa yang kami laksanakan ini mendapat keberkatan dan keredhaan dari ilahi...amin!!!

Bai : sampai bulan ramadhan setiap mggu saya prgm KRJ....huhu

2 ulasan:

'Umayr SRA berkata...

Kak Ani bukan Noraini la! Kak Ani tu Noorhairani Deman!

Bee Family berkata...

salam..

yeke yeop...
hihihi...

sorry...
bahaya ni..

nampaknya ana mesti di INTEAM kan....huhu