Selasa, 13 Februari 2007

MASIH ADAKAH HARI SABTU & AHAD UTK DIRI INI...

















PERSOALAN YANG NYATA : JAWAB????


" ada seorang teman serumah sewa di kajang bertanya "
" Engkau ni, hari sabtu & ahad tak pernah ada kat rumah "
" ada saja pgrm kau, ke JB lah, Perak lah, Fraser hill lah, ...ada ada jer...."


" apa yang mampu saya lakukan, hanyalah mencoretkan sebingkis senyuman kepadanya, "
" kerna diri ini pasti, jika saya memberi jawapan & penerangan kepada nya, sudah pasti dia akan
tidak mengerti.." ( dalam hati : kan bagus jika dia juga bersama2 saya di medan ini...amin!! )


Alangkah bagus dan indahnya jika dia berpeluang untuk membaca Blog saya ini, mungkin segalanya akan terjawab tanpa saya bazirkan setitis pun air liur kurniaan ilahi ini. Tetapi diri akur dan sentiasa memahami akan kesibukan sahabat2 lain di rumah, semoga Redha Allah mengiringi kamu sekalian alam...


PERKARA YANG LEPAS : USAH DILEPASKAN...


so, di sini suka saya kongsikan beberapa sedutan program2 yang telah memenuhi jadual saya sepanjang 2 bulan yang lepas. Semuanya sememangnya mempunyai agenda nya yang tersendiri...

Sedutan Program-program yang lepas.... :
  1. ( 23,24 & 25 Nov 06 ) = PPN / PPWN di Cheras Kuala Lumpur.
  2. ( 2 Dis 06 ) = Hadiri majlis kahwin Akob di Klang.
  3. ( 3 Dis 06 ) = Hadiri majlis kahwin sedara di Shah Alam
  4. ( 7,8,9 &10 Dis 06 ) = Pgrm X-Pert di Johor.
  5. ( 16 & 17 Dis 06 ) = Pgrm Dakwah non-Muslim di S.Piramyd
  6. ( 23,24, &25 Dis 06 ) = D2C-R2J + Deru di JB
  7. ( 5 & 6 Jan 07 ) = Melawat Melaka secara individual...
  8. ( 12 & 13 Jan 07 ) = PKN 07 & TiTiAn 07 di Area bangi.
  9. ( 19-21 Jan 07 ) = KRJ di M.Ria+DErU di B.pahat
  10. ( 26 & 27 Jan 07 ) = Takdir 07 di Fraser Hill
  11. ( 2 & 3 Feb 07 ) = Pgrm Motivasi di SM Teknik Slim River
  12. ( 9 & 10 Feb 07 ) = ziarah ke singapura..
Demikian lah beberapa sedutan program yang telah selamat saya lalui dgn bantuan Allah swt.. apa yang pastinya semua pgrm ini ada kesan dan hikmah nya yang tersendiri...


PERKARA AKAN DATANG : BERSIAP SIAGA LAH....


Seterusnya ialah, program yang telah saya catatkan di dalam diari saya, insyaAllah akan saya penuhi semua catatan saya ini dgn jayanya...semoga Allah meredhai segala usaha yang tidak seberapa ini...amin...!!!

  1. ( 16 -18 Feb 07 ) = Pgrm Tamrin + Jaulah Karisma Johor di JB..
  2. ( 24 & 25 Feb 07 ) = Pgrm MIN 07 di hulu selangor...
  3. ( 3 & 4 Mac 07 ) = Pgrm KRJ Kendiri di SMK Sri Lalang Kluang.
  4. ( 17 & 18 Mac 07 ) = Prgm KRJ Kendiri di Masjid Taman U...
  5. ( 24 & 25 Mac 07 ) = Prgm KEMWI KRI di johor.....
  6. ( 7 & 8 April 07 ) = Prgm KRJ Kendiri di SDAHA Pontian
  7. ( 21 & 22 April 07 ) = Pgrm KRJ Kendiri di SMK Desa Skudai.
demikian pula hal nya program2 yang menyusul di diari saya, apa yang pastinya masih ada ruang2 kosong di dalam diari saya, mungkin akan muncul beberapa prgm mendatang yang saya sendiri tidak mengetahui nya....


BUKAN SEKADAR PROGRAM BIASA : TAPI PENUH BERMAKNA...

walaupun saya terpaksa berulang alik dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru hampir 3 kali dalam sebulan, namun ianya tidak pernah mematahkan semangat saya untuk terus bersama dan berprogram serta beramal untuk masyarakat di sana, bukan saya tidak mahu bersama sahabat2 di kL, tetapi saya merasakan suatu tanggungjawab untuk bersama sahabat2 di jB...

ala kulli hal, setiap program yang saya lalui, bukan lah sekadar berprogram semata-mata, tetapi ada strategi dan perancangan yang telah saya rangkakan, mungkin hasilnya bukan sekarang, esok atau pun lusa, tetapi mungkin memakan beberapa tahun..

yang pasti " Amanah Ini Bukan Hak Milik...Tetapi Anugerah..."

wassalam...


Bai : akan sentiasa update catatan terbaru program dari masa ke semasa...amin...

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yuk ! Sertai kami di Kem Generasi Rabbani ! Daftar segera !

Bee Family berkata...

Salam..

insyaallah...coz ana telah kehabisan tiket untuk dibeli...

so..minggu ni tak dapat balik JB...

hua! hua! hua!

Zakeri berkata...

aduii...tapi ingat semangat kadang2 akan turun jua, so, berhati2 masa turun tu, takut turun terus...k?

Bee Family berkata...

jazakallah akhi zakri..

anta tu...bila nak join KRJ ??

jap lagi ana forwardkan takwim KRJ...

ana sentiasa berdoa agar Allah kekalkan semangat dan berusaha utk tingkatkan semangat tu...

bai : hujung mggu ni da dapat replacement pgrm di UIA...thanks danny

Dini Syarif berkata...

Wow! Busy btol mamat sorang ni...

Tapi takpe, busy kita busy penuh bermakna ye? Setuju dengan Zakri, mohon agar kita semua dijauhkan dari rasa letih, penat dan malas. Jangan sampai futur!

To Bai, cukup ke sekadar cakap thanks? Haha...kena belanja makan lagi ni! (Thanks sebab belanja hot dog hari tuuu)

Tanpa Nama berkata...

teruskan perjuangan akhi.
baguslah kalau setiap hujung minggu diisi dengan aktiviti yang berfaedah. sekurang2nya mampu menambah pengalaman dan meluas pemandangan.
apapun, jaga diri.

nanami ichijo berkata...

salam.
wow..amazing!
diriku pula terikat ngn pgm2 universiti..
smg trus istiqamah!!