Khamis, 8 Februari 2007

SINGAPURA : SemPADAN atau KAWAN....



Mari kita rakyat singapura,
Sama-sama menuju...bahagia..

Cita-cita kita yang mulia,
Majulah Singapura,


Marilah kita bersatu,

Dengan semangat yang baru,

Semua kita bersatu,

Majulah Singapura!!

Majulah Singapura!!


( petikan lirik lagu majulah singapura )


SINGAPURA : SUATU PENGERTIAN...


Singapura atau lebih dikenali sebagai " Singapore " merupakan sebuah kepulauan yang terpinggir di selatan Malaysia, jika tidak kerana " Tambak Johor " yang melekatkan Hujung Malaysia dgn Singapura, saya rasa sudah lama Kepulauan yang dipenuhi dgn rumah flat bertingkat itu hanyut di bawah arus, dan jadilah ia sebuah Republik yang terapung di perairan lautan dunia milik Allah ini.

Singapura juga merupakan salah satu furuk kpada sebuah badan berkuasa veto dunia, yang sering menindas negara-negara islam. Singapura amat beerti buat saya kerana hampir 70% daripada parents saya menetap di singapura. Akibatnya, saya terpaksa berulang-alik dari Johor Bahru ke Singapura hampir 2 kali dalam sebulan...



SINGAPURA : MASIH ADA KELEBIHAN...

Di antara keistimewaan serta kelebihan singapura ialah :

Nama-nama seperti P.Ramlee, Saloma, Aziz satar dan ramai lagi artis-artis singapura yang berjaya di arena seni malaysia masih segar di ingatan rakyat malaysia. Tidak kurang juga filem-filem melayu klasik, filem lakonana & arahan P.Ramlee khususnya, sentiasa menjadi bahan hiburan di saluran TV3, RTM 1, mahupun syarikat gergasi Astro.

Suatu lagi keistimewaan yang nyata ialah, kewujudan SAFF di singapura, SAFF merupakan sebuah NGO Islam yang aktif serta kreatif di dalam membina tajmi' umum bagi rakyat singapura. Kedudukan dan fikrah SAFF yang seiring dan selari dengan beberapa jemaah di Malaysia, Menjadikan ia sebagai platform " Kita " di singapura.

Selain itu, Singapura juga banyak menyediakan tempat-tempat yang menarik, makanan yang pelbagai, dan juga festival-festival yang " happening " yang jarang di temui di negara kita.
Kewujudan Masjid-masjid, serta madrasah yang aktif lagi beragenda menjadikan rakyat Singapura mula mengorak langkah dan berpendapat bahawa asas-asas islam itu perlu bagi anak-anak mereka.


SINGAPURA : dulunya....SEBAHAGIAN DARI MALAYSIA.....

Pada tahun 60 an dan ke bawah, Singapura merupakan Sebahagian dari jajahan takhluk Malaysia, Hal ini telah mengakibatkan ramai dikalangan rakyat malaysia berhijrah ke singapura yang lebih cepat berkembang pada masa tersebut. Tidak hairan lah jika ramai di kalangan rakyat singapura yang masih mempunyai talian darah dengan rakyat malaysia, terutama di negeri Melaka...


SINGAPURA : SEBUAH NEGARA.....

Sedikit perkongsian ttg negara Singapura :

  • Mempunyai sistem keselamatan & kawalan yang ketat di setiap penjuru keluar dan masuk republik tersebut.
  • Mempunyai " Rules " yang " Having To Follow " terhadap rakyat mereka..
  • Rakyatnya hampir 90% menetap di rumah Flat, coz kekurangn tanah.
  • Penggunaan penganGkutan awam spt Bas, Teksi, MRT dan LRT di aplikasikan secara 80% oleh rakyatnya..
  • Nilai matawang nya yang lebih 2 kali ganda dari kita ..( $1 dollar sg = RM 2.30 )
  • Persekitaran negara yang bersih dan lebih teratur.
  • Negara yang semakin ketandusan akhlak serta sakhsiah islamiah.
  • Bahasa Inggeris menjadi bahasa utama mereka, kerana mereka tiada " Bahasa Singapura "..
  • Dan yang pastinya, Singapura masih kekal begitu walaupun pernah di landa todak..( mitos )
Semoga apa yang telah dikongsikan dapat kita ambil dan direalisasikan di dunia nyata...
kepada sesiapa yang berminat untuk berjaulah ke singapura, boleh hubungi saya, kita boleh jumpa sahabat2 di sana...( i have a connection with SAFF members )....

wallahu 'alam....



Bai : Nak balik singpura tgh hari ni ( 9 Feb 2007 )....tu yang cerita pasal singapore kat blog ni....

1 ulasan:

syahida berkata...

salam...
sori lambat add comment.
hm...juz nak cakap, teringin rasanya menjejakkan kaki ke negara orang..
harap2 niat itu terkabul suatu hari nanti. InsyaALlah..