Isnin, 5 Februari 2007


Sahabat Gemilang, Ummah Terbilang....


Masih segar di ingatan saya, sewaktu usia saya berumur 6 tahun, ayah selalu berpesan agar carilah kawan mahupun sahabat seramai yang mungkin, dapatkan alamat rumah mereka, no telefon mereka, dan simpan segala maklumat dengan rapi....

Ayah berpesan seolah-olah saya ini berusia 12 tau 13 tahun ketika itu, walhal ketika itu untuk berjalan seorang diri di luar rumah pun mami ( emak ) dah bising....

Namun bila saya kenang - kenang kan semula. Ayah memang hebat, pesanan ayah yang seolah-olah nampak seperti seorang tua yang kurang berakal, rupa-rupanya adalah satu tindakan yang amat bermakna dan amat efisien untuk mendidik anak.

sehingga sekarang, saya masih seronok dan gembira untuk mencari seramai mungkin kenalan dan sahabat, kalau setaat untuk membuat ziarah seluruh malaysia termasuk sabah, sarawak dan singapura. InsyaAllah akan ada sahabat-sahabat dan teman yang mampu mengentertain saya.

semoga ukhwah yang terbina tersemai selamanya.....

Tiada ulasan: