Selasa, 6 Februari 2007

Kiamat Sudah Dekat.....


SWEAR MAN.......
" Mesti Pandai Solat
" Mesti Pandai Baca Al-Quran "
" Mesti Bijak Menguasai Ilmu Ikhlas ".........

( petikan dari Filem " KIAMAT SUDAH DEKAT " )


Swear Man..!!!
suatu trademark yang amat popular bagi peminat-peminat filem comedy penuh unsur tarbiyah " Kiamat Sudah Dekat "...Filem lakonan andre Stinky ( sbagi Fandy ) yang menceritakan bagaimana seorang pemain drum band Rock telah jatuh cinta kepada seorang anak gadis lakonan ayu pratiwi ( sebagai Sarah ) yang menampilkan ciri2 islam sebagai asas hidupnya.

Kesungguhan fandy untuk menjadikan sarah sebagai isteri yang sah telah memaksa bapa sarah pak haji Ramli ( lakonan Deddy Mizwar ) untuk menetapkan syarat-syarat tertentu bagi membolehkan fandy menjadi menantunya.

Syarat-syarat seperti belajar Solat, Belajar mengaji dan ilmu ikhlas telah dipelajari oleh fandy dgn mudah atas bantuan sapro ( lakonan dwiki reza ) yang kebetulan amat meminati rock....

saksikan filem ini bagi mengetahui kesudahan effort yang dilakukan oleh fandy.....



KIAMAT SUDAH DEKAT: Dakwah " Makan Dalam "


Perkara yang ingin ditekankan di sini ialah, filem comedy yang dihasilkan dengan penuh unsur2 tarbiayh umum, sedikit sebanyak dapat membantu kita di dalam usaha mentajmi' remaja2 rock, mat2 rempit mahupun adik2 sekolah yang agak keras hatinya.

Kepelbagaian unsur dakwah umum dan metodologi dakwah yang menarik, sedikit sebanyak memberi kesan yang sempoi tapi " makan dalam"....

Kesinambungan senario kehidupan seorang Rockers anak hartawan yang dibesarkan tanpa bimbingan asas agama islam dan kehidupan seorang gadis wara' anak pak haji yang disegani telah mewujudkan suatu suasana yang jarang kita temui...

Apa yang menariknya, syarat terakhir bagi fandy iaitu ilmu IKHLAS telah diperjelaskan dengan mudah dan berkesan kepada para penonton filem tersebut...

begitu jua kaedah2 bagaimana caranya untuk seseorang yang memang sejak azali lagi tidak didedahkan dan tidak dibimbing berkenaan dengan asas ilmu islam, seperti cara solat dan cara belajar mengaji dengan kadar yang sederhana, membisakan ramai remaja yang menonton filem ini untuk berfikir bahawa " mereka juga mampu berubah ke arah itu....."



KIAMAT sudah Dekat : Tapi kita semakin jauh.....


Penggunaan tajuk KIAMAT SUDAH DEKAT juga telah sedikit sebanyak memaksa ummat hari ini untuk berfikir bahawa sememangnya KIAMAT SEMAKIN HAMPIR dan KITA SEMAKIN cuba untuk MENJAUHKAN diri dari padanya.....

Selain itu juga, perubahan mendadak dari seorang anak yang dahulu nya memperhambakan diri lebih ke arah syaitan kepada penyembahan secara total kepada Allah swt, telah menginsafkan seluruh keluarganya termasuk sahabat2 se"band" dengan nya....


KIAMAT SUDAH DEKAT : BAHAN DAKWAH HEBAT...


saranan dari saya, ayuh kita bersama-sama mendapatkan VCD/DVD filem ni sebagai simpanan kita, apa yang perlu di lakukan dgn bahan ini adalah seperti berikut :

  • tayangkan kepada kawan2/sahabat2 yang mungkin ziarah ke rumah atau dorm kita.
  • tayangkan kepada saudara2 terdekat yang kebetulan ziarah ke rumah kita.
  • kenalan2 baru (mad'u ) yang kebetulan memang sedang berkelapangan bersama kita.
  • Jadikan ia sebagai sebuah pgrm khas tayangan umum ( tajmi' umum ), kemudian cuba keluarkan rasional kepada penonton yang ada.
  • amat sesuai di tujukan kpada adik2 remaja semasa pgrm motivasi di sekolah contohnya...
  • atau apa sahaja mengikut kekretifan anda semua......
  • pastikan niat anda betul sebelum menayangkan filem tersebut, kemudian cuba kongsikan rasional filem tersebut secara berhikmah, dan doakan semoaga Allah memberi HIDAYAH kepada hambaNya....
usah perlekehkan bahan dakwah yang sudah terpampang di depan mata kita...




Bai : Dah berjaya manfaatkan bahan ni kpda rakan2 juga kenalan....

4 ulasan:

Zakeri berkata...

yeke?

ewah, dah maju sikit, guna blogspot, rajin lak tu menulis...hehe..nampak macam takde keje arr...

Bee Family berkata...

Salam..

huhu....cakap bebaik ckit ha!!

ana keje siang dan malam tau...

ala lagipun kat rumah sewa kajang ni ada internet jugak...

so..anytime boleh post...huhu

jgn jeles...

anta apa citer???


ana skrg ni tgah dok nak creat photo pages lak...

Tanpa Nama berkata...

fotopages..hehe, tapi tak best fotopages, tak boleh buat macam citer..ana rasa, better anta stay dengan blogspot je, masukkan gambor dengan cerita, baru best..ana malas nak tulis cerita, letak gambo je...hehe...

Bee Family berkata...

Salam...

ana mmg akan mantain bercerita sambil letak gambar...ibratkan kita baca paper,bila baca tajuk jer mesti kita nak tengok gambar dia dulukan...
so ana just aplikasikan jer, kan tak best baca paper yang tak bergambar....huhu

ana wat fotopages coz nak kurangkan space dalam laptop ni..dan nak simpan gambar tu dgn lebih selamat lagi...huhu