Ahad, 23 Januari 2011

:: Tunisia " solidariti suara rakyat". ::

Assalamualaikum wrt.....

Sudah lama tidak terupdate blog ini, maaflah ye, tidak tahu alasan apa nak diberi....

Mari kita lihat dan susuri satu peristiwa penting yang berlaku pada awal 2011, isu yang sedang hangat diperbincangkan oleh serata dunia, iaitu isu negara TUNISIA. Sedikit latarbelakang.....

- pada penghujung disember yang lalu2010, rakyat TUNISIA turun berhimpun beramai-ramai demi mempertahankan hak dan keadilan mereka. Majoriti 99% rakyat TUNISIA beragama Islam.

- keadaan semakin meruncing, kerajaan tidak dapat mengawal himpunan rakyat, tentera mengambil sikap tidak mahu campur tangan, tetapi PoLIS telah mengambil tindakan dengan menembak rakyat yang berhinmpun,atas arahan PRESIDEN Tunisia.

- awal Januari 2011, PRESIDEN TUNISIA ( Ben Ali ) terpaksa melarikan diri akibat tidak dapat menahan desakan rakyat yang mahukan keadilan. Hingga terpaksa merempat dan melarikan diri ke beberapa buah negara yang lain.

Punca dan faktor rakyat keluar berhimpun ::

- Pemerintahan yang terlalu diktator.

- pemerintahan yang anti-syariat, menyukarkan ummat utk solat di masjid, dilarang memakai Tudung di tempat awam dan sebagainya, hingga negara jadi sekular, sistem islam kian rapuh dan musnah, genarasi pelapis kian tercemar dek kejelekan nafsu dan maksiat.

- rasuah dikalangan pemimpin dan presiden yang keterlaluan.

- harga barang naik, harga keperluan asas juga naik.

- rakyat makin ramai kehilangan pekerjaan dan tiada bantuan utk mereka...

- dan banyak lagi yang diluar pengetahuan saya...

:: Akibatnya ::

- Penghujung disember, rakyat dengan penuh rasa bertanggungjawab, turun berhimpun menunjukkan solidariti demi mempertahankan hak dan keadilan rakyat.

- sehingga ada yang terbunuh, tercedera, ditangkap, dan sebagainya.

:: So Apa Pengajarannya ::

- Setiap kejahatan dan ketidakadilan pasti akan runtuh, sepandai-panndai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tersembam ke tanah jua. Maka jangan lah kerana KUASA yang ada, Wang dan Harta yang banyak, PENGARUH yang meluas dan pangkat yang tinggi mengizinkan kita bertindak JAHAT dan tidak adil terhadap org lain.

- Kegagalan dalam sistem pemerintahan yang baik akan terus merosakkan dan menjahanamkan rakyat, apatahlagi, sistem islam dan syariat yang ada itu telah disekularkan, ini akan menyebabkan ummat jadi kacau bilau dan tidak berkualiti,

- Rasuah yang tidak dibendung akan terus merosakkan ekonomi negara, lantas meletakkan rakyat sebagai beban dan mangsanya.

Antara point penting yang mahu saya sampaikan ialah .....

Untuk mengecapi kejayaan dalam sesuatu perkara ( contohnya, apabila Presiden Tunisia Ben ALi melarikan diri ), maka perlu adanya PENGORBANAN dan TERKORBAN, dan perlu di ingat bahawa, kemungkinan kejayaan itu bukan dirasai oleh kita, tetapi kejayaan itu dinikmati oleh generasi selepas kita.

Contohnya, apabila rakyat sanggup berhimpun, walaupun mengethui akan risiko yang bakal dihadapi, tetapi atas dasar prinsip dan kefahaman yang jelas, maka mereka sanggup mengorbankan harta, keluarga, masa dan segalanya sehingga ada yang terkorban...

Pada pandangann saya, inilah harga atau value yang perlu mereka bayar demi keamanan dan keadilan rakyat.

Mari kita berpandangan jauh, jika mereka tidak bertindak seperti ini ( berhimpun ), suatu hari nanti, mereka pasti juga akan terkorban, bukan terkorban yang boleh memberi manfaat untuk mereka, tetapi terkorban dalam konteks tiada pekerjaan, krisis makanan, penyakit kronik, masalah sosial melampau sehingga akan terjadi banyak kes pembunuhan dan bunuh diri akibat tekanan mental dan fizikal.

Maka, mereka ada 2 pilihan, samada TERKORBAN dijalan PERJUANGAN atau TERKORBAN dijalan PENINDASAN.......

Maka, hari ini, saya ingin mengajak saudara/i yang ada di luar sana, mahupun di dalam sini, kita bandingkan apa yang berlaku di Negara Lain dan di Tunisia? Pilihan ada di tangan kita, samada kita mahu TERKORBAN di Jalan PERJUANGAN atau TERKORBAN di jalan PENINDASAN.....

Ala kulli hal.....pastikan kita jelas dengan pilihan kita....

Moga kita trgolong dalam golongan orang beriman.....

" Salam Perjuangan Buat Sahabat Di Tunisia ".....moga Allah merahmati kalian.....

.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan: