Isnin, 13 Disember 2010

:: XREK 2010 lahirkan remaja kental ::

XREK 2010 lahirkan remaja kental

E-mailPrintPDF

xrek

PORT DICKSON – Tepat jam 3.00 petang, 2 Disember lalu, berakhirlah program ‘Xpedisi Remaja Kental’ atau lebih dikenali dengan nama singkatannya XREK di Brindley Training & Camp (BTC) dekat sini.

Program remaja peringkat nasional ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Kelab Remaja JIM (KRJ) dan Pertubuhan IKRAM Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Negeri Sembilan.

xrekXREK merupakan satu daripada enam program yang akan dilalui oleh para peserta dalam Projek Dua Tahun Remaja Cemerlang (PRODUCE), sebuah projek pembangunan kader-kader remaja, dan peserta kali ini merupakan ahli-ahli PRODUCE generasi keenam (PG6).

XREK 2010 yang bertemakan ‘Satu Kata, Satu Hati, Satu Aksi’ ini telah mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran 120 orang peserta dari seluruh Semenanjung Malaysia. Program yang diadakan selama tiga hari dua malam ini lebih menekankan aspek kekentalan fizikal dan mental terhadap para peserta.

Antara acara yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental peserta ialah Abseiling, Berakit di Selat Melaka, Water War dan Great XPLORACE. Para peserta juga diminta untuk memasak makanan sendiri sepanjang berada dalam program.

Menurut seorang peserta dari Kuala Lumpur, Arif Azmi, “XREK merupakan antara program paling menarik dan mencabar bagi saya. Walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran, namun kami tetap bersemangat untuk menghadapi cabaran seterusnya. Di sebalik semua aktiviti ini, terdapat banyak hikmah dan pengajaran yang saya peroleh. Saya berharap sangat agar pihak penganjur dapat meneruskan aktiviti seperti ini.”

xrekPengarah Program XREK 2010, Mohd Hafiz Abd Hamid berkata, pihak penganjur merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana tiada sebarang kecederaan yang berlaku sepanjang program ini diadakan.

“Persiapan yang kami adakan selama hampir sebulan ini akhirnya membuahkan hasil dan kesan yang positif terhadap semua peserta. Walaupun kami tidak berupaya memberi kepuasan seratus peratus kepada semua peserta, namun melalui penilaian yang dilakukan, para peserta berpuas hati dengan program yang dilaksanakan. Tahniah buat semua PRODUCE Gen 6,” kata beliau lagi.

Pengalaman selama hampir 10 tahun mengendalikan program berbentuk aktiviti luar seperti ini meyakinkan pihak penganjur bahawa pemilihan kem atau pusat latihan yang sesuai dan bertepatan menjadi tulang belakang keberkesanan sesuatu program. BTC menjadi pilihan penganjur kerana kelengkapan peralatannya yang mencukupi beserta jurulatih yang berpengalaman dan bertauliah.

Pihak penganjur juga berharap agar XREK 2010 dapat melatih peserta agar lebih berdikari, berani dan tahan lasak di samping tidak lalai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang beriman kepada Allah.

xrek

xrek

2 ulasan:

rabbani berkata...

ana n ank buah ana mmg enjoy prog exek 2010...kami ingin berterima kasih kpd ahli komiti yg berpenat lelah menjayakan prog nih....n ribuan kemaafan jika ade buat alah..

lebahmanis berkata...

ana rasa rugi je xdapat join dalam exrek ni.walaupun Nilai xjauh sgt pun.
smoga akn lahir rijal2 yg bakal membuka dunia!