Isnin, 22 November 2010

:: salam Kejayaan Buat kalian :: ( SPM 2010 )


Assalamulaikum
Alhamdulillahirabbil 'alamin, setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allaw swt di atas segala kurnia dan nikmat Nya. Selawat dan salam buat Ar-Rasul saw, Muhammad kekasi Allah, juga buat para sahabat seperjuangan , tabi' tabiien serta buat semua pejuang-pejuang islam sejak 1400 tahun dahulu sehingga ke hari ini, juga buat ummat islam , ikhwah dan akhwat yang dirahmati Allah sekalian.

Perutusan ini ditujukan khas buat semua remaja tingkatan 5 tahun 2010 yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ). Setelah 5 tahun berada di lapangan Sekolah Menengah, kini tibalah detik penilaian terakhir buat kalian para remaja, bermula esok bersamaan 23 November 2010, kalian akan menduduki SPM 2010. Pastinya kalian sedang berhadapan dengan pelbagai perasaan, barangkali ada yang tenang dan mampu tersenyum, barangkali ada yang takut dan kecut, barangkali ada yang yakin tanpa curiga, barangkali ada yang blur tanda keliru. walauapapun perasaan kalian, kami berharap agar kalian tetap tenang dan sentiasa bertawakal kepada Allah swt.

Disaat-saat akhir ini, saya mensarankan agar kalian terus-menerus mendekatkan diri kepada Allah, banyakkan solat berjemaah di masjid/surau, tambahkan lagi jumlah solat sunat ketika masa lapang, bawa dan baca Al-Quran dimana sahaja kalian berada, kurangkan bercakap tentang perkara yang tidak perlu dan perbanyakkan berdoa dengan penuh bersungguh-sungguh, berdoa dengan penuh pengharapan, berdoa dengan penuh keyakinan bahawa sesungguhnya jika kita bersungguh-sungguh berdoa dan meminta sesuatu dari Allah, pasti Allah akan membalas permintaan ( doa ) kalian dengan bersungguh-sungguh. Bagi yang ada di asrama, pastikan kalian menelefon ibu dan ayah kalian setiap hari, agar kalian dapat mendengar suara, harapan, impian dan doa dari ibu ayah kalian. kalian juga jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada guru-guru, murabbi kalian yang telah banyak berkorban buat kalian, melayani karenah kalian, bersabar dengan kalian dan bersungguh-sungguh membantu untuk memandu kalian ke arah kejayaan. ucapkanlah "terima kasih guru ku ".

Selain dari perkara di atas, jangan lupa untuk sentiasa menjaga kesihatan dengan perbanyakkan berpuasa sunat, perbanyakkan minum air putih, perbanyakkan bersenam, jaga pemakanan, dan mendapatkan tidur yang secukupnya, kurangkan aktiviti yang tidak berfaedah serta jauhkan diri kalian dari MAKSIAT serta perkara-perkara yang mendorong kalian ke arahnya.

Hendaklah kalian sentiasa ingat bahawa sesungguhnya ujian ( SPM ) yang bakal kalian tempuh ini adalah merupakan secebis ujian dunia yang perlu kalian tempuh, banyak lagi ujian yang lebih besar yang perlu kalian tempuh, anggaplah bahawa ujian ( SPM ) ini merupakan pra-syarat untuk kalian menghadapi ujian-ujian yang lebih besar.

akhir kata dari saya, semoga kalian berjaya di dalam SPM 2010 ini, semoga kalian dapat menulis dengan baik, dapat menjawab dengan baik, dapat berfikir dengan baik, dapat menjaga kesihatan dengan baik.

salam kasih dan sayang dari saya buat kalian...

"allahumma ja'alna minannajihin wal faizin mumtaz fi imtihan fi dunya wal akhirah "

sekian.


Mohd Hafiz Abd Hamid
Pengarah Kelab Remaja JIM Pusat
SU UNIT Remaja IKRAM Pusat
Ketua Unit Remaja IKRAM WP

4 ulasan:

Asim Abdullah berkata...

selamat menempuh imtihan...

bitaufiq wannajah kepada semua...

hoho~ :)

Salsabila berkata...

suka yang ni. doakan =]

ummu berkata...

assalamualaikum saudara
semoga adik2 pelajar menduduki SPM dengan tenang

DIA Muhammad Ashraf Alexis berkata...

http://diamuhammadashrafalexis.blogspot.com/
salam.this is my novel..read if you have time and be my follower.i need around 200 blog follower to publish my novel...hope your support friend...thanks...
like your post..