Jumaat, 1 Oktober 2010

:: Makan-Makan 30 Sept ::



assalamulaikum wrt...


alhamdulillah, malam semalam kak yan , abang amer, bakri, anisah dan Aqi datang beraya di rumah kami. Kak yan dan keluarga tiba jam 8.00malam, mereka baru pulang dari pejabat dan trus ke setiawangsa. Bakri dan anisah pula lewat satu jam dari kak yan, lama juga lah kami tunggu untuk makan malam tu.


so sebelum bakri sampai, banyak perkara melucukan berlaku antara Aqi & Izz yang masih demam tu, aqi kelihatan sangat penyayang terhadap Izz berbanding sebelum ini, Izz yang selalunya fobia pada Aqi pun dah mula rasa disayangi oleh Aqi. Gambar di atas membuktikan betapa mesra nya sepupu-sepupu ni...hehe....

adakalanya mereka main kejar-kejar, mula-mula Izz kejar Aqi, then Aqi pula kejar Izz, bila dah penat, mereka dok dengar nasyid islamik pula, dua-dua duduk baik je atas sofa...

Bila bakri sampai, terus kami pun ajak semua makan bersama, yang paling cepat sampai di meja makan ialah Aqi, hehe....berebut budak-budak ni nak makan bersama, nak makan sendiri guna sudu pula tu, hehe...

Then kami pun mula makan makaroni Carbonara favourite bai, perghhh....dia punya rasa tak boleh tahan...sedappppp beb :-), bakri sampai 4 kali tambah, abg amer siap minta resepi..hehe...



inilah dia makaroni carbonara yang kami makan malam semalam...

masa kami makan, anak-anak sambung main lagi, naik kereta sama-sama, rebut mainan sama-sama...last sekali Aqi muntah sebab banyak sangat lari...kesian kat aqi...

alhamdulillah, jamuan malam semalam tamat sekitar jam 10.30 malam .....

Tiada ulasan: