Jumaat, 22 Oktober 2010

:: Kejayaan AQSA SYARIF Menerobos Tembok Kematian ::


Kelihatan para onvoi sedang menunggu giliran melepasi pintu masuk ke Gaza di rafah...


setelah berjaya Menerobos Tembok sempadan, ramai sukarelawan yg menangis, seperti tidak percaya sudah sampai dan berjaya masuk ke GAZA.

kelihatan ketua kontinjen Aqsa Syarif ( Dr Zin Kandar ) memegang banner Aqsa2gaza....



Assalamulaikum wrt..

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...saya dapat berita dari pejuang2 AQSA SYARIF yang dalam konvoi ke GAZA...mesejnya berbunyi..

Alhamdulillah konvoi VP5 sudah tiba di Gaza City lebih kurang 11pm 21hb Okt 2010.

Tiba di Rafah sekitar jam 5.00pm dan Sambutan di sempadan Rafah sangat mengharukan. Sujud Syukur dilakukan oleh sukarelawan A2G. Linangan dan esakkan air mata gembira ketika mendakap saudara-saudara yeng menyambut kedatangan kami.

Sambutan penduduk GAZA di sepanjang perjalanan juga mengharukan. Kanak-kanak, wanita, pemuda dan orang dewasa berkumpul dan melambai tangan di sepanjang jalan dari Rafah ke Gaza City dengan iringan pasukan keselamatan dan sukarelawan gaza.

Kami dilayan sebagai tetamu dengan ditempatkan di Gaza Beach Hotel di Gaza City.
Jazakumullahukhairan dan terima kasih kepada semua kepimpinan dan ahli IKRAM, kepimpinan dan sukarelawan Aqsa Syarif, individu dan organisasi serta seluruh rakyat Malaysia yang secara langsung dan tidak langsung membantu, mendoa, memberi dorongan sehingga memungkinkan sukarelawan A2G menjejakkan kaki ke bumi bertuah ini.

Besok akan berlangsung penyerahan kenderaan dan barangan bantuan yang kami bawa kepada pihak rakyat Gaza.

Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Alhamdulillah Walillahilhamd.

Wassalam

Dr Mohd Zin Kandar
Ketua Konvoi A2G


kami di Malaysia, akan tetap mendokan kalian...."teringat pengalaman berdemo bersama kalian :-) "

ayuh ikhwah / at sekalian, terus kita doakan agar pejuang-pejuang ini diberi keselamatan, kesihatan yang baik...

Aqsa SYarif berhasrat untuk membuka cawangan ( Pejabat ) di Gaza dalam misi ini. Subhanallah....



Tiada ulasan: