Selasa, 14 September 2010

:: Shawal 1431 ::

Assalamualaikum wrt...

Kami ucapkan selamat hari raya "taqabbalallahu minkum, minna wa minkum taqabbal ya karim "...

Alhamdulillah, shawal tahun ini kami sambut dengan relax dan simple di utara, kami solat sunat aidilfitri di surau asy-syakirin bandar perdana sg petani, kemudian kami bertolak ke tg piandang bagan serai, beraya di rumah mak jah ( adik kepada bab ), sememangnya Tok Baba berada di rumah makjah.

Kemudian kami berangkat pula ke kg sungai bakau, nibong tebal, kami stay di rumah tok mama, actually bagi yang biasa dengan kawasan ini, arak antara 2 rumah hanya 15minit sahaja...hehe...

Begitulah serba sedikit raya pertama kami, untuk hari-hari seterusnya kami banyka bertumpu kepada persiapan perkahwinan adik kpd kak sodd iaitu Bro Ahmad bin ariffin...

InshaAllah, doakan agar segalanya berjalan lancar.

Antara yang bestnya , tahun ni Izz happy sangat di raya pertama, dia pakai sampin dari jam 8am- 6ptg, satu masa yg panjang bagi baby seusia izz utk pakai sampin. Dan dia ceria aje sepanjang hari :-)

Cuma saya pula yang diserang arsenik dalam perut, 2 hari saya menderita...tandas jadi teman setia...

Ok lah...tu dulu...



.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 ulasan:

kaduk berkata...

Rekod budak kecik pakai sampin paling lama dimenangi oleh izz..hehe