Jumaat, 30 Julai 2010

:: IKRAM di Masjid KLCC ::

3rklcc1.jpg
3rklcc3.jpg

( Pengguna gmail, sila click view image )

assalamulaikum wrt.............

ikhwah & akhwat yang dirahmati Allah sekalian....

ana baru sahaja pulang dari Masjid KLCC, untuk menyerahkan 800 brochure program Remaja Raikan ramadhan ( 3R ) yang akan diadakan pada 21 & 22 Ogos 2010 ini. Sebaik tiba di masjid, berbunga hati ana apabila meliaht ketiga-tiga Banner 3R telah tergantung cantik di Masjid KLCC. Paling best sekali, apabila melihat tersergam indah Logo IKRAM di banner tersebut. Cantik berseri-seri :-)

Ikhwah & akhwat sekalian, program 3R ini merupakan sebahagian dari kempen 3R yang bakal kami lancar kan bersama JAWI pada minggu hadapan. Antara aktiviti Kempen 3R ini ialah FACEBOOK ( http://www.facebook.com/jom3r ) , Short Film 3R, Grafiti Ramadhan , Program 3R, Khutbah 3R, Poster & banner 3R di seluruh masjid under JAWI dan banyak lagi yang boleh antum ketahui di blog kempen kami ( http://jom3r.blogspot.com/ )....

Kempen 3R ini merupakan projek anjuran IKRAM WP + KRJ + JAWI. Mohon ikhwah dan akhwat yang ada FACEBOOK, boleh LIKE fanpage Facebook kami, dan sebarkan kepada sahabat2 yang lain, target kami ialah 5000 Fan pada 1 Ramadhan ini. Ayuh ikhwah & akhwat sekalian.

bagi sesiapa yang berminat nak hantar anak ke program 3R di masjid KLCC, boleh Download Brochure di bawah atau boleh terus hubungi ana.

jazakallahu khairan kathira....

Facebook kempen 3R : http://www.facebook.com/jom3r


moga Allah redhakan kita....


Pengarah Projek
Kempen 3R

Tiada ulasan: