Khamis, 10 Jun 2010

:: Refleksi Bukit Jugra

Assalamualaikum wrt....

Alhamdulillah,pada 9 jun yang lalu saya berkesempatan mengisi satu slot Refleksi Diri & Alam bersama adik-adik remaja kuala langat. Apa yang menariknya, program ini diadakan di sebuah bukit yang diberi nama Bukit Jugra, berhampiran bandar banting. Perjalanan mengambil masa 1jam lebih dari KL.

seramai 12 org remaja bertuah telah bersama dalam program ini,peserta telah memulakan program dengan Qiyam di masjid Olak Lempik,kmudian mendaki bukit Jugra beramai-ramai.

Dan di atas bukit, adik2 telah bersama abang bai untuk slot Refleksi diri, abang telah mengajak peserta melihat kedalam tubuh badan mereka dan melihat ke sekeliling alam, antara yang ditekankan ialah....

1. Bagaimana hebatnya Allah mnciptakn sendi & otot.

2. Bagaimana hebatnya Allah menciptakn saluran darah yg bergerak di dalam tubuh badan kita ini tidak sedikitpun kita merasainya.

3. Mendongak ke lamgit melihat peredaran bumi, atmosfera sebagai perisai, kejadian hujan dan langit yang tidak bertiang.

Sambil melihat alam, sambil merefleksi diri,ianya dapat menambahkan keimanan kami, meningkatkan rasa kagum kami kpd Allah.

Alhamdulillah, refleksi diri di akhiri dengan olahan ayat 2 surah asy-syams...inshaAllah nanti akan saya kongsikan...

Bai : teruja dgn bukit Jugra...

Tiada ulasan: