Jumaat, 25 Jun 2010

:: Pelancaran Pertubuhan IKRAM Malaysia ::

Assalamualaikum wrt....

Alhamdulillah pada 20 Jun 2010 telah terlancarlah Pertubuhan IKRAM Malaysia ( IKRAM ) bertempat di MECC Seri Kembangan, selangor. Program ini telah dihadiri oleh 5335 orang dari seluruh Negara.

Bertemakan UKHWAH TERAS KEGEMILANGAN , IKRAM akan diterajui oleh Presidennya Dr Farid dan dibantu oleh Timb Pres iaitu Prof Dr Hatta Shahrom, Naib Pres iaitu Ustaz Wan Subki, Tn Syed Ibrahim dan Setiausaha agungnya Tn Hj Zaid B Kamarudin.

Pelancaran telah dilakukan oleh Presiden IKRAM dan disaksikan oleh 101 ahli DPN IKRAM. Kemudian diteruskan dengan nyanyian lagu IKRAM beramai-ramai.

Tahniah buat anak usrah kesayangan ana iaitu Naim, Aiman, Syazman, Anhar, Muin, izwan, aduka, sulaim, juneidi, muaz, athif atas kehadiran antum ke pelancaran IKRAM, ana sayangkan antum.

Moga kita terus thabat bersama dakwah & tarbiyah.


Bai : ahli IKRAM Batu KL.

Tiada ulasan: