Khamis, 11 Februari 2010

..: KBM di SMK Tun Perak ::..

assalamualaikum wrt.

alhamdulillah, pada 31 Jan 2010 yang lalu saya berpeluang mengendalikan program Motivasi Keindahan Bersama Mu ( KBM ) di Sekolah Menengah Tun Perak Jasin Melaka, actually apa special nya sekolah ini ialah, ini merupakan sekolah saya since saya Form1 - form5, 5 tahun saya di sekolah ini. So, saya ambil peluang ini untuk menabur bakti di sekolah saya sendiri.


cuba tengok gambar2 di atas ni. Ada yang berubah, ada yang tidak berubah, yang paling ketara ialah SURAU BARU tu, actually, dulu masa saya tingkatan 4, puas kami berjalan dari rumah ke rumah semata-mata untuk mengutip derma untuk surau sekolah kami, hasilnya, adik2 junior kami dapat merasai Surau yg baru ini. Bila tengok tangki tu, teringat masa buat barbeCue kat bawah tangki tu, tu semua projek gelap tu..hehe.....

sedikit gambar ketika mengendalikan Slot menuai kasih menyemai sayang di Surau Baru STURAK....

ketika sesi sedang berlangsung. Alhamdulillah, program berjalan dengan baik.

sempat kami bergambar sebagai kenang kenangan bersama.

Ummi & Izz juga tidak ketinggalan untuk bergambar...Izz agak monyok ckit, sebab abi tak bagi dia main bola masa tu...dah nak balik la sayang...

akhir sekali, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar saya, di sekolah ini lah tempat mendidik saya sehingga menjadi orang.

Tiada ulasan: