Selasa, 28 Julai 2009

..:: Walimah Lagi !! Walimah Lagi !! ::..

assalamulaikum...

alhamdulillah, hujung minggu baru2 ni, antara hujung minggu yang best sangat2, ibarat kucing makan pengat. Bukan apa buah kelapa, tapi suatu percutian yang relax & santai , cuma tak ke tepi pantai aje. Segalanya bermula apabila Izz kata, " abi...abi....Izz mana pandai cakap lagi "... :-)

actually segalanya bermula pada sabtu pagi, abizz, ummizz & 'Izz menumpang kete Tokwan , eh!! mana ada kete tokwan..kete Toyota Altis Milik Tok wan...kami dok belakang2 aje pada mulanya....kami bertolak jam 8.30am...yeke ummi...?

dan kami sampai jam 2.00pm di singapura...fuhh!!! satu perjalanan yang santai...

Pak Itam Herman !!

Siapa dia ni? apa kena mengena Pak Itam ni dgn Dr Mahathir & Michael Jackson? hehe...Pak Itam ni adalah adik Mami yang ke 4, kerja & mnetap di singapura.

Nikah Nikah !!

pernikahan pak itam herman bermula pada jam 5.00pm, so kami konvoi beramai2 dari woodlands ke Sengkang, dan seperti yang dijangka, pasyti akan ada yg sesat...hehe...biasa lah., jalan kat singapore ni banyak traffic light.



gambar pak itam ( pengantin ) bersama Makwe ( nenek saya sbelah mak ), wajah ceria & muda aje kan :-)

pengalaman baru bagi kami, naik bas sewa utk ke rumah pngantin sebelah prempuan. Tu bas kat belakang tu.

suasana dalam bas...dan rasanya ini kali pertama IZZ naik bas dalam hidup dia, mesti dia takkan dapat lupakan pengalaman ni, sebab dia mmg tak ingat pun.

pak itam dinikahkan oleh juru nikah...dengan satu lafaz sahaja, pak itam is no Bujang anymore, welkem to the alumni bujang group...

sempat kami bergambar dgn kete pengantin, merah lagi tu :-)

Isu Speaker & karoake

masa time walimah tu, saya ada buat kije nakal ckit, actually macam ni, masa walimah tu, ada Karoake & DJ yang bertugas, yang ditempah oleh pak sedara saya, so semasa walimah tu BISING sangat muziknya, saya bisik pada pak sedara yg order Karoake ni, minta dia perlahan kan ckit....tapi abg DJ tu tak slow kan jugak..so saya pun apa lagi, dgn kenakalan yg ada, saya TOLAK speaker Besar dia tu menghala ke LUAR dari kawasan walimah, masa tu dia tak perasan...tapi after 5 minit, saya nampak dia agak marah, dan betulkan semula...then dia datang meluru kat saya, macam nak marah2.....tapi bila nampak saya dok dengan tuan rumah ( dia tak tahu kot saya ni tuan rumah )...terus dia cakap baik2...

" apa hal ni bang...tolak2 speaker kami ni "...

saya pun cakaplah...

" bukan apa bang, bising sangat "

dia balas ...

" kalau bising, bgtaw lah awal2, kami boleh slow kan "

dengan secara relax & senyum, saya balas

" dah bgtaw pagi tadi, tapi abg tak slow kan pun ".

then dia jalan bgitu sahaja...tak tahu lah apa yang dia rasa, tapi saya mmg agak kesal lah dgn apa yg berlaku...geram pun ada jugak.

bukan apa, org datang ke majlis walimah ni antara tujuan nya nak jumpa sanak saudara, nak eratkan ukhwah, nak berbual sambil update pkembangan terkini, Tapi hari tu kami tak dapat nak borak2, BISING sangat2...terpaksa tinggikan suara utk bercakap...kan dah tak elok tu...lagipun karaoke tu hanya eksesori yg melalaikan sahaja, bukan ISI penting walimah tu pun...terus saya cakap kat zaujah saya...ini dah jadi Banyak Aksesori Dari ISI.....

seperti biasa, izz mmg sentiasa senyum ceria, ni yang buat abi makin sayang kat Izz ni :-)

3 ulasan:

Ahmad bin Ariffin berkata...

cepatnya 'izz membeso =P

Kak Yong berkata...

nant pashi mad blik mesia, 'izz da pndai berlari kot...hehehe

munawwar berkata...

bai..ni pak itam yg duk rumah makcik nta tu kan?yg tunjuk video hantu terbang kat hp die dulu kan? waah,kawen dah ye..

ps : 'izz muka macam abi die la..=)