Selasa, 6 Februari 2007

KRJ...... " ke arah remaja soleh wa musleh "

KELAB REMAJA JIM......

" Berikan aku pedoman,
arah mana jalan kehidupan,
untuk teruskan pengembaraan,
tak rebah dan tersalah langkah....

Tunjukkan aku jalan,
simpang mana arah kejayaan,
timur utara juga selatan,
tau arah mentari terbenam.... "

Dua rangkap lagu di atas tidak asing bagi fasi2 mahupun adik2 kasih, adik2 sayang KRJ team johor. Lagu nyanyian kumpulan penasyid muda UNIC ini menjadi perangsang dan pemangkin kepada semua warga KRJ untuk terus mekar mewangi di persada dakwah umum ini.

Bercerita dan berceloteh tentang KRJ ini, Mungkin ramai yang tertanya-tanya..apa itu KRJ? erm..ok! biar saya cerita sedikit tentang KRJ yer.

KRJ DAN JIM...

KRJ adalah merupakan singkatan nama bagi KELAB REMAJA JIM, sudah pasti ianya merupakan salah satu daripada sayap JIM yang mungkin agak kecil kedudukan nya di sisi JIM, tetapi merupakan suatu platform yang amat bermanfaat. Fokus KRJ adalah lebih kepada adik-adik Remaja yang berumur dari lingkungan 13-19 tahun. Tetapi KRJ tidak terlalu complicated di dalam menentukan siapa sasaran peserta nya...al-muhim! adik-adik remaja ini tidak terbiar sahaja bersama keruntuhan akhlak yang kian berleluasa...


KRJ BUKAN KELAB BIASA

KRJ sekarang ini lebih menumpukan sasarannya kepada warga sekolah menengah. Progrm yang di jalankan biasanya akan di mulakan dengan program KENDIRI. Melalui program KENDIRI ini, KRJ akan memulakan operasi PENERUSAN TARBIYAH ( Follow-up) bagi beberapa sekolah yang dikenapasti dan juga terhadap beberapa pelajar telah pun di kaji selidik.
Gaya yang UNIK dan Menghiburkan oleh KRJ telah menarik minat adik-adik remaja untuk terus kekal bersama KRJ, even ada yang sudah bergelar mahasiswa. Perkara ini menjadikan kami Comunity KRJ sentiasa bersemangat untuk terus bersama remaja tidak mengira bangsa, kdudukan mahupun darjat.


KRJ Suatu Platform...

Di dalam proses pentajmi'an umum, KRJ telah pun menjadi suatu platform yang terbaik. Hal ini kerana kebersamaan dan keseronokan adik-adik remaja yang pernah mendapat didikan serta kasih sayang dari Comuniti KRJ. Peluang yang terbuka luas ini akan dimanfaatkan agar adik-adik remaja yang telah sedia maklum dengan KRJ ini di pastikan mendapat sistem pentarbiyahan yang tersusun dan mantap apabila bergelar mahasiswa kelak. Kewujudan KARISMA juga telah menjadikan proses pemindahan mad'u lebih mudah dan selamat, apatah lagi majoriti dari comuniti KRJ merupakan ahli KARISMA.



KRJ SEKELUMIT CUMA...

Semoga apa yang di usahakan oleh kami, walaupun ianya hanyalah secebis mahupun sekelumit dari yang ada. Namun kami yakin, bantuan dan sokongan serta redha dari Allah sentiasa bersama hambanya yang tidak pernah jemu mengajak sahabat2 nya untuk kembali kepada jalan yang benar...



DI MANAKAH KRJ ??

Untuk makluman lanjt berkenaan dgn KRJ, boleh la datang terus ke Pejabat JIM Johor bahru yang bertempat di Taman Desa Skudai, Johor Bahru.

atau lawati blog krj johor : ( krjjohor.blogspot.com )



bai : Segala cerita di atas adalah lebih tertumpu kepada KRJ Team JOHOR....jika tersalah bahasa, harap dapat diperbetulkan....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

walau di manapun,
sentiasa ingat, dirimu disokong oleh 'seseorang' dari belakang.
sentiasa jangan lupa,
dirimu ditemani oleh 'seseorang' dari sisi.