Sabtu, 28 Januari 2012

:: Walimah Ahmad & Siti Hajar ::

Salam

Alhamdulillah, selesai sudah majlis walimah Akh Ahmad dan Ukht Siti Hajar di Taman Warisan Pertanian , Putrajaya...

Alhamdulillah, kali ini Bro Bai dan Bro Aki beraksi memeriahkan majlis ini...

Moga Allah menerima amal-amal kami yang kecil ini...

Hbai

.

Rabu, 11 Januari 2012

:: Luahan Hati Makcik Wan Azizah ::

Salam

Dikongsikan luahan hati seorang isteri yang solehah, kita bayangkan jika anwar bukan ahli politik, anwar hanya seorg rakyat biasa...apakah psaan makcik wan azizah, apakah pula psaan anda jika berada di tempat makcik wan azizah...

.......................................................................................

Luahan hati isteri datuk sri anwar ibrahim Datin dr wan azizah ketika suami nya  yang dibebaskan dari tuduhan meliwat.
 
Wan Azizah: KAU makbulkan munajat kami

SHAH ALAM - Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada petuduhan liwat sudah diketahui umum. Bagaimana pula dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail? Apa cerita di sebalik khabar gembira tersebut. Sinar Harian membawa pembaca menyelami rasa hatinya. Ikuti wawancara eksklusif Editor Sinar Harian, MAZLINDA MOHD NOR bersama Wan Azizah.

ABANG Nuar sudah siap berpakaian. Sudah sedia untuk bersarapan. Seperti biasa semua suplemen yang perlu untuk kesihatannya sudah masuk ke mulut lalu ditelan. Saya sekadar memerhatikan.

Mata menatap sayu. Hati berdetik. Mungkinkah ini sarapan pagi terakhir kami bersama?

"Ya RABB. Jauhilah kami dari berita duka itu."

Abang Nuar seperti dapat membaca kata hati saya.

"Apa juga keputusan mahkamah, keluarga kita tetap bersatu. Hati kita tetap bersama."

Abang Nuar tenang. Saya semakin pilu.

Sudah banyak dugaan yang kami lalui sepanjang kehidupan ini. Sesekali sehingga rasa tidak mampu dipikul manusia biasa sekecil saya. Amat berat.

Namun saya tetap yakin, ALLAH menduga setakat mampu umatnya.

"Ya RAHMAN... jika ini laluan yang ENGKAU tentukan untuk aku, hambamu yang kerdil ini tetap reda. Berilah aku kekuatan. Berilah aku jalan."

Dua setengah tahun hidup kami tertekan, seperti mati perlahan-lahan. Fitnah memang racun yang membunuh.

Kami membina satu kehidupan atas landas Islam. Sentiasa berusaha mendekati TUHAN. Namun semakin kerap kami sujud, semakin besar cabaran mendepan.

"Ya AZIZ... Tuhan Yang Maha Kuat. Lindungilah kami dari fitnah yang menjahanamkan. Ya JALIL... berilah kami kemuliaan.

Anak-anak dan menantu semua sudah sedia.

Ini juga kebesaran TUHAN. Selama ini baik kenduri atau hari raya, kami jarang dapat berkumpul sebegini. Tapi kali ini Izzah, Ilham, Ihsan, Nuha, Muhammad Reza, Nurul Syaheedah, dan Mohd Khairul semua ada. Hati kami bersatu, jiwa kami berpadu.

Mata anak-anak pula saya tatap. Satu persatu, silih berganti.

Ya mereka tenang. Mahu melangkah keluar meneman ayah tersayang tanpa garis-garis kedukaan.

Melihat mereka, semangat saya datang kembali. Benar kata Abang Nuar, apa juga keputusan mahkamah kami akan tetap bersama.

Malam tadi, pulang dari ceramah di Kampung Pandan malam sudah bertemu pagi. Kami kelaparan. Sambil menjamu perut di meja makan, kami bercerita, Tentang zaman sekolah, filem dan pelbagai. Kami ketawa bersama. Bahagia. Bagai tiada lara. Tiada nestapa.

Mungkinkan saat itu akan dapat diulang lagi?

"Ya RAHMAN... Engkau lebih tahu dan mengerti kasih sayang antara kami. Jangan kau putuskan Ya RABB. Jangan ada penghalang. Jangan biar jeriji besi itu memisahkan kami sekali lagi!"

Sepanjang perjalanan ke mahkamah, saya tidak pernah berhenti berdoa. Moga apa yang bermain di fikiran TUHAN akan terbalikkan.

Luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta sudah penuh dengan manusia. Saya terasa gementar. Namun saya mesti kuat. Kami sudah menghampiri bangunan yang akan menentukan nasib Abang Nuar hari ini. Jadi kekuatan dan ketabahan yang saya tunjukkan tentu akan memberi tambahan semangat untuk Abang Nuar berhadapan dengan apa juga keputusan yang memungkinkan.

Melihat wajah Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, hati saya kembali tidak keruan. Mula berbolak-balik. Akan disabit bersalahkan Abang Nuar? Atau lepas?

Sejujurnya saya sudah serik untuk mengulang episod sedih 1998. Saya sudah letih untuk diheret dalam kedukaan panjang. Jika abang Nuar disabit bersalah... walau anak-anak kini sudah besar, kedukaan kami tidak ada bezanya. Malah lebih berganda.

Apakan tidak, jasad yang sudah dipanjat usia, fizikal dan jiwa sudah tidak sekuat dulu. Berita sedih yang kami terima sudah pasti merentap segala rasa.

"Mahkamah mendapati Anwar tidak bersalah dan memutuskan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel asid deoksiribonuleik (DNA) tidak terusik. Mahkamah tidak boleh bergantung kepada bukti DNA tersebut. Maka mahkamah ditinggalkan dengan keterangan pengadu. Bagaimanapun, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan pengadu yang tidak disokong.

"Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan."

"Ya ALLAH... rahmat apakah yang KAU berikan kepada kami.

"Ya SAMIE'...terima kasih kerana mendengar rintihan kami selama ini."

Abang Nuar bebas!

Saya menangis. Anak-anak menangis.

Saya merangkul erat Abang Nuar. Abang Nuar membalas kejap. Saya tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Sekadar mengucap syukur kepada ALLAH.

Saya perhati anak-anak. Mereka juga berpelukan.

Saat ini terasa lerai derita dari tubuh. Lerai sengsara dari jiwa.

'Ya 'ALIEM...ENGKAULAH yang lebih mengetahui.

"Ya HAKIM... ENGKAULAH sebenarnya yang menetapkan keputusan segala sesuatu.

"Syukur Ya ALLAH kerana mengizinkan kami melangkah keluar dari mahkamah dengan hati gembira."

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Masjid Segambut. Menunaikan solat Syukur tanda terima kasih kepada TUHAN.

Hari ini dada kami sudah lapang. Senyum kami masih bersisa walau tangis misih ada.

"Terima kasih Ya ALLAH. KAU jawab munajat kami, KAU lerai derita kami." -SH


Sent from my BaiBerry®via IKRAMedia

Isnin, 9 Januari 2012

[ID] Loving Ilmu

Assalamualaikum wrt

Apa khabar ahli IKRAMTeens dan para remaja sekalian...

Alhamdulillah, sesi persekolahan tahun 2012 baru bermula, pasti ramai yang masih dalam proses utk menyesuaikan diri dengan tahun baru ini. Mungkin ada yang sebelum ini bersekolah pada sesi petang, dan bertukar ke sesi pagi pada tahun ini. Apa jua keadaan, kita harus bersedia dengan pelbagai kemungkinan dan perubahan.

InshaAllah, terpanggil utk berkongsi tentang satu topik sempena tahun baru ini, iaitu satu topik yang bertajuk " Loving Ilmu "....

Sebagai seorang yang beriman, kita seharusnya mencintai ilmu, agar kita akan rasa lebih bersungguh untuk mencari ilmu.
Ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan, berkenaan mengapa kita harus mencintai ilmu :

i- Pertama, mencari atau mempelajari ilmu ini merupakan salah satu dari perintah Allah, sebagaimana tercatat di dalam surah al-alaq

" Bacalah dengan nama tuhan Mu yang menciptakan " ( al alaq - 1 )

" Yang mengamalkan nya dengan pena Mu" (al alaq - 4 )

Allah memerintahkan kita agar mencari ilmu sebanyak mungkin. Sebagai seorang hamba, kita seharusnya melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan larangan nya.


2. Kedua, Mencari dan mempelajari ilmu merupakan ibadah. Teman-teman sekalian, apabila kita mempelajari ilmu dengan hati yang ikhlas, niat hanya kerana Allah, maka ianya merupakan ibadah, dan ibadah ini merupakan tujuan hidup kita sperti firman Allah ...

"Wama kholaqtul jinni wal insan,illa liya'budun "

Dan tidak aku menciptakan jin dan manusia, melainkan untuk tunduk dan patuh ( ibadah ) kepada ku


3. Ketiga, setiap ilmu yang kita pelajari, merupakan saham-saham kita di akhirat, bayangkan betapa banyaknya pahala yang bakal kita perolehi setiap kali kita berniat dgn ikhlas utk mempelajari ilmu.

" Dan siapa yang mengerjakan amal walau seberat biji sawi, tetap akan di hisab oleh Allah "

4. Ke Empat, kita memperlajari ilmu untuk meninggikan dan memuliakan ( izzah ) agama islam itu sendiri. Apabila ummat islam mempunyai kebijaksanaan dalam pelbagai cabang ilmu, maka ummat islam mampu mencipta, melakukan dan mengerjakan amal-amal serta teknologi yang bakal meninggikan islam, sebagimana kata tokoh ulama'

Al islamu ya'lu, wa yu'la alaihi

"Islam itu tinggi, dan tiada apa yg lebih tinggi daripadanya "

5. Ke Lima, ilmu yang kita pelajari ini, seharusnya di amalkan, bukan disimpan di dalam hard disk kepala kita. Saya ambil anologi mudah, jika seorang pemain bola sepak, datang ke sesi latihan setiap hari, diajar skil-skil baru, cara sepakan yang hebat seperti David Beckham, di ajar menggelecek bola seperti C. Ronaldo... Tetapi tidak pernah turun bermain dan berlawan dalam mana-mana perlawanan. Tidakkan segala skill dan ilmu itu dikira rugi... Maka begitu di dalam bidang ilmu yang lain.

Seperti mana para sahabat yang digelar generasi Al Quran, mereka senantiasa mengAmalkan setiap patah dan ayat yang mereka dapat dari Rasulullah, disebabkan itu mereka digelar Genarasi Rabbani, Generasi Al Quran...

Ini lah, 5 perkara yang mengharuskan kita agar sentiasa mencintai ilmu.

Semoga, awal tahun ini, kita dapat mengubahkan "mind setting" kita dari belajar utk Exam kepada " saya belajar kerana saya mencintai ilmu "...

Agar anda menjadi remaja yang " menyerlah jauh daripada biasa "....


Abang Bai
IKRAMTeens WP

.

Sabtu, 24 Disember 2011

:: Walimah Saiful & Farhana ::

Salam

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat rasul junjungan.

Alhamdulillah, hari ini 24 Dis 2011, AFE diberi amanah utk mengendalikan majlis walimah akh Saiful Adli dan Ukht Nur Farhana di Bandar Bukit Mahkota,

Event ini dikendalikan oleh Bro Hafiz Bai dan Bro Syed Ahmad Safwan....

Jazakumullahu khairan katsira atas kepercayaan yg diberikan...


Semoga hati terus ceria, islam terus terpelihara....

.

Selasa, 29 November 2011

:: Walimah Amin & Masdiana ::

Salam

Alhamdulillah, pada ahad yg lalu , bersamaan 27 Nov 2011, AFE diberi kepercayaan utk menghiburkn walimah amin dan masdiana.

Kedua-dua mereka merupakan penggerak kelab Rakan siswa islah Malaysia ( Karisma ) iaitu sebuah badan mahasiswa. Kebetulan Bro Hafiz Bai juga pernah bersama Karisma suatu ketika dahulu.

Mabruk alaykum.....

Syakallah buat Bro Atiq yang tak sihat sejak event hari tu, xpe ... Kafarah dosa-dosa yg lalu :-)


Bai
Gambar 1 - amin dan mas
Gambar 2 - reunion Ikhwah Karisma Bujang


.

Rabu, 14 September 2011

:: Jordan dan US ::

Salam

Alhamdulillah.....

Hari ini berkesempatan menghantar rakan-rakan yang akan menyambung pengajian mereka ke Jordan dan US.

Arif akan ke Jordan utk sambung dlm pengajian islam.

Rakan-rakan dri TPM kolej pula akan ke US utk sambung pengajian dlm bidang sains.

Doakan agar mereka selamat smpai...




.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahad, 4 September 2011

:: Walimah Asmaa' dan Raja Azrin ::

Salam

Alhamdulillah pd 2 Sept yang lalu, AFE telah dijemput utk mengendalikan walimah Asmaa' dan Raja Azrin di Kepala Batas Pulau Pinang.

Bro Hafiz Bai telah diterbangkan ke Penang utk menjayakan majlis ini. Antara yang menarik ialah, terdapat persembahan silat gayong semasa majlis walimah berlangsung.

Pihak AFE mengucapkan jazakillah buat Ukhti Asmaa' yg sudi menjemput AFE ke utara tanah air. Ada rezeki kita buka cawangan AFE di utara nanti.





.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.